Tuesday, September 25, 2012

Seven Kaler Pelangi 8


Zara membuka surat yang elok terletak di atas mejanya. Mungkin Nina yang meletakkan surat itu di sini.



Heh, ada jugak masa ibu anak satu - Ana -  ni nak organize reunion bagai. Hari tu janji nak text aku. Sampai ke sudah la tak text aku. Boleh pulak aci letak post-it-note dekat card aku. Ana, Ana.
Melaka? Malasnya lah nak drive jauh-jauh. Tak boleh buat dekat sini-sini je ke? Tapi, mostly kawan-kawan semuanya ada dekat area Melaka. That’s why lah kot. Zara mencapai Blackberry. Nak hantar message dekat ibu anak satu ni.

·  Dah dapat card. thanks btw.aku ingat kau lupa aku.
·  Takkanlah aku lupa. Kau WAJIB datang!
·  Baiklah mak nenek. Dress code?
·  Retro 70’s.
·  GILAA. Kau tau kan aku tak suka?
·  Sebab tu aku buat.


Zara mengeluh. Ana memang suka buat apa yang tidak disukainya. Retro? Nak kena pakai baju polka dot ke? Alaaaaa.

·  Trust me lah Zara. Tak adanya nampak kau chubby macam dulu.
·  Tu kata kau.
·  Rileks la, ni persetujuan ramai taw.
·  Yelah.persetujuan ramai yang aku tiada dalam conversation tu.
·  Siapa suruh kau busy?
·  HA HA. Whatever.
·  Kira setuju kan? Oke babai Zara.


Haih. Tak suka. Ingatan melayang kepada zaman persekolahan dulu. Form 2 agaknya. Emak buat baju kurung polka dot warna putih pink untuk aku. Memanglah aku rasa masa tu baju aku lah paling cantik sekali (baju baru mestilah cantik kan?).
Tapi budak lelaki kata aku nampak macam ba alif ba ya pakai baju kurung. Sebabnya latar baju tu warna light pink. Dan seingat aku, mereka terus-terusan mengejek aku berkawan dengan haiwan tak bertamadun tu.
Itulah sekali je aku pakai baju tu. Kurang ajar betul budak lelaki kata aku macam adik-beradik-tak-setaraf mereka. Cis.

“Kenapa Zara? Berkerut je dahi tu aku tengok dari tadi?”
“Aaa Nina. Tak ada apalah.”
“Kad apa tu?”
“Oh reunion sekolah, hujung bulan ni.” Aku mengeluh sedikit.
“Dah tu? Kenapa mengeluh? Tak suka?”
Dress code dia retro 70’s. Aku tak suka.”
“Ohh.”
Nina menganggukkan kepalanya sebelum berlalu ke work stationnya. Kerja banyak. Mungkin sebab tu dia tak bertanya lebih lanjut. Kalau tak, memang tak senang duduk aku nak jawab soalan dia. Sama sahaja macam Ana. Mujurlah Nina bukan kroni aku sejak dari zaman persekolahan.

“Kalau kau nak consultation dari aku, no hal lah der!” Nina melaung dari tempat duduknya.
Yeah. Thanks anyway!”

Zara mengetuk-ngetuk meja kerjanya. Tanda dia sedang memikirkan sesuatu. Kebiasaan yang sejak entah bila bermula. Masa sekolah dulu agaknya. Retro 70’s? Nak pakai apa? Gaya aku ni nak pakai polka dot? Naaa. A big NO. Kebaya? A big big NO! Gila nak pakai baju macam tu. Memang mintak simpang.
Entah macam mana nak berjalan aku pun tak tahu. Ke aku patut ignore je dress code tu and pakai macam aku suka je? Hmm macam boleh jalan jugak idea tu kan? Tapi nanti Ana mesti memekak tak ingat dunia dalam dewan tu.
Aduh Ana, kenapalah suka susahkan aku? Hmm mungkin aku patut berhenti berfikir tentang itu dan mula buat kerja yang melambak ni.
“Lebih baik buat kerja daripada berangan sana sini.”
“Memang itu pun yang aku na..” eh? Bukan ke aku monolog dalaman je tadi? Zara mengangkat mukanya. Dia mengerutkan dahi apabila wajah Fathi terlayar di kornea matanya.
“Kau buat apa kat sini?” sibuk betul Fathi ni. Tak boleh tengok aku senang.
“Saja.”
“Oke. Off you go. Aku nak buat kerja.”
“Naaa kau fikir apa?” Fathi menongkat dagu di depan meja kerjaku.
“Aku fikir apa?” soal Zara dengan nada sedikit jengkel. Saja nak halau Fathi.
“Kau nak kahwin?” aku terbatuk kecil lantas memandang Fathi dengan pandangan yang tajam.
“Aku bukan macam kau yang gatal nak kahwin tak menyempat.” Memang aku rasa dia tak menyempat sebab dia kata dia nak kahwin sebelum puasa. And that means tak sampai 3-4 bulan lagi. Memang tak menyempat..kan?
“Apa pulak. Benda baik jangan tangguh, lagi-lagi bab bina masjid ni.” Aku mencebik.
“Lelaki kalau pasal kahwin memang tak menyempat.” Fathi ketawa kuat sebelum berlalu masuk ke ruang pejabatnya.

Kahwin kahwin kahwin. Yadayadayada. Tak ada lain betul kawan-kawan aku sekarang ni. 26. Tahun depan 27. Alah boleh cari lagi. Kalau ada jodoh InsyaAllah.

Dan bayangan Akif Farhan mula mencuri menyusup masuk dalam kornea mata.

And since when aku sebut fasal kahwin je ada muka Akif terlayar dalam imaginasi?

Crap.

Kerjalah!

p/s : it's been long ey? =)


Monday, July 9, 2012

Seven Kaler Pelangi 7


“Along, tiba-tiba Diya teringat pasal akak Laurier tu. Kenapa dia macam tak kenal Along selain dia kenal Along atas tiket client?”

Dia sedang menonton perlawanan bola antara Chelsea dan Liverpool. Perlawanan yang dia tahu pasti Chelsea akan menang.
Dan pertanyaan Diya buat tumpuannya terganggu. Ken mengalihkan tumpuannya kepada Diya. Remote control dicapai dan diperlahankan suaranya. Akak Laurier? HA HA.

“Dia tak ingat Along.”
“Tak ingat?” Diya mengerutkan dahinya. Tak ingat?
“Benda tu dah dua tahun Diya. Lagipun sekejap sangat kami jumpa dan berbual. Masa tu pun dia macam rushing.”
“Tapi dua tahun pun bukannya tempoh tu lama sangat Long. Takkanlah dia tak ingat?”
“Diya, Zara tak pernah bagi perhatian dekat Along pun dua tahun lepas. Dia cari kertas kerja dia je, lepas cakap terima kasih, dia terus blah. And do you expect she can remembers me well? I don’t think so Diya.
“Kenapa Along tak cakap je dengan dia kalau macam tu?”
“Diya kena faham. Masa Along meeting dengan dia first time tu, Along sendiri terkejut yang Along boleh jumpa dia lagi after two years. Lagipun kami berjumpa atas dasar profesional. Tak kan tiba-tiba along nak approach dia cakap do you remember me? Gila.”
Diya berdecit. Along dia memang tak pandai fikir. Apa salahnya sebelum wrapping up tu cakap yang dia kenal dengan kak Zara tu? Apalah lembab sangat abang aku ni?
“Yang Diya beriya sangat ni kenapa?” pelik aku dengan adik aku ni lah.
“Sebab mama nak menantu. Diya nak kakak ipar.”
“Along tak kata nak kahwin dengan akak Laurier Diya tu.”
“Oh ye?” sinis.
“Kenapa Diya ni?”
“Along tak pernah bercerita tentang perempuan the way you cerita pasal kak Zara two years ago.”
“Dah tu? Kenapa?”
“Tak payahlah Along nak sorok apa-apa dari Diya.”
“Sorok apa ni?” Ken semakin pelik.
“Along suka dia kan? I can sense it lah Along.” Ken buat muka blur. Kenapa adik aku ni? Hipotesis yang tak boleh pakai langsung. Tak boleh ke keluar dengan hipotesis yang lebih logik lagi?
“Apa yang bising-bising ni Diya, Along?” oh, mama.
“Tak ada apalah mama. Diya ni, terlebih baca novel. Merepek.” Ken menjawab.
“Tak adalah ma. Rumah ni nak tambah penghuni tak lama lagi.” Selamba Diya berkata. Ken menjengilkan mata kepada adiknya. Suka-suka kau je kan?
“Eh ye ke Along? Bawaklah dia jumpa mama. Along pun dah nak masuk 30, elok sangatlah kahwin.”
“Maaaaa.” Ken mengeluh.
“Diya dah kenal dah mama!”
“Eh Diya kenal macam mana?”
“Tanyalah Along.”
“Along.”
“Along nak naik lah mama. Esok nak kerja.”

Ken terus memanjat tangga menuju ke biliknya. Adiknya itu memang sengaja mengenakannya. Bukan tak tahu mama tu macam mana. Ken mencapai Blackberry miliknya.
Aliff sedang menekan butang shut down pada laptopnya saat Xperia miliknya berbunyi menandakan ada message masuk.

Ken :
Kau ingat budak McD? Yang hilang kertas kerja?

Aliff mengerutkan dahi. Kenapa Ken tiba-tiba hantar message? Pukul 12 tengah malam pulak tu.

·         Ha, pehal ngn minah tu?
·         Aku dah jumpa dia.
·         U what? Seriously?
·         Yup.no doubt.
·         Bilee?
·         Dah dua bulan kot.
·         GILAA. Kau tak bagitahu pun!
·         Eh? Perlu ke?
·         Habis tu kenapa kau bagitahu sekarang ni?
·         Saje. Sebab aku rasa macam nak bagitahu.
·         U owe me a story ok.

Dan Ken tidak membalas message terakhir dari Aliff. Dulu dia yang menceritakan kepada Aliff perihal perempuan yang kelam kabut datang ke McD mencari fail kertas kerjanya yang hilang.
Dan saat itu, dia rasa perempuan itu begitu menarik dengan kemeja gedabak dan jeans lusuh yang dipakainya. Kelihatan selendangnya juga tidak di pin dengan betul. Mungkin keluar dalam keadaan yang kelam kabut.
Comel. Dan masa itu kebetulannya waktu rehat dia sudah hampir tiba. Mujur masa itu Aliff mc. Kalau tak, mungkin dia tidak berpeluang kenal dengan Zara.

A.H Tailor Cinta 4


"Haritu ada tak kawan mak datang?"
"Kawan mak? Ohhh yang naik Fiesta hitam tu kan? Ada ada ada." Laju saja Ana menganggukkan kepalanya. Kawan mak dengan anaknya yang gila handsome tu.
"Ana ambil tak baju dia?"
"Ambil la. Siapa nama dia ek mak?"
"Eh dia ni, takkan la Ana tak tanya nama dia siapa? "
"Tak tanya pun. Hehe."
"Mariah."
"Ohhhh."
Ana tersengih. Acik Mariah. Si Adam PosLaju. Heheheh.
"Dah kenapa tersengih-sengih ni?" Ana menggelengkan kepala. Tangannya masih lagi sibuk memutar bahan-bahan untuk membuat kek coklat. Haih. Kenapalah boleh rosak pulak mixer stand tu. Buat penat tangan aku je.
"Mak. Handsome kan anak cik Mariah tu?" Emak mengerutkan dahi.
"Anak dia? Adam tu?"
"Ohh kira mak dah tahu la siapa anak dia ek?"
"Eh apa pulak tak tahu. Adam tu lah satu-satunya anak dia. Memang handsome pun. Ha kenapa? Dah suka pulak? Si Yusof tu nak campak mana?"

Yusof.

Hmm. Entah kemana sebenarnya Yusof tu, aku pun tak tahu. Rasanya sudah sebulan, atau mungkin sudah lebih dari itu dia tidak menghubungiku. Entah mana dia menghilangkan diri. Yusof itu baik orangnya. Sangat baik. Ana Humaira ini pun sebenarnya terpaut pada kebaikannya sejak di zaman persekolahan lagi. Tapi masa tu, diam-diamkan sahajalah. Pandang-pandang jeling-jeling je bak kata Dato' Siti. Tak sangka pula sebenarnya Yusof tu suka juga pada Ana Humaira yang kecoh ni.

Yusof tu orangnya sangat senyap. Sampai kadang-kadang terpaksa memaksa dia untuk bercakap. Yusof tu, kalau Ana sedang bad mood, dia tadahkan sahaja telinganya mendengar bebelan Ana. Apa sahaja tentang Ana, dia sanggup semuanya.

"Haih."
"Kenapa mengeluh ni?" Pertanyaan emak mematikan lamunan Ana mengenai sang kekasih-cerahku (sebab Yusof tu sangat cerah kulitnya).
"Tak ada apalah mak." Meleweh sahaja jawapan Ana.
"Yusof sihat? Dah lama tak datang sini."
"Sihatlah kot." Emak hanya diam. Aku tahu, mak mesti tahu tentangku dengan Yusof. Dah terlalu lama kami tidak keluar bersama, pasti emak dapat menghidu sesuatu.
"Senang-senangkan mak, mak carikan je lah suami untuk Ana." Perlahan sahaja suaraku menuturkan.
"Ana tu, sah-sahlah banyak sangat baca novel. Kena tinggal aje, sibuk nak suruh mak carikan suami. Jangan menyesal kalau tiba-tiba mak suruh Ana kahwin dengan pilihan mak ayah."
"Heheheh" Ana tersengih. Rasanya, emak bergurau je kot.

-       Haila haila haila. Where are you exactly la mr boyfie?-

Yusof membaca mesej yang tertera di skrin Samsung itu.
Mengeluh.
Ana. Awak perlu belajar untuk hidup tanpa saya. Saya takkan selamanya dapat bersama dengan awak.

-       Saya ada je ni sayang. Kenapa?-
-diam sangat-
-saya kan bekerja-
-yelah, tahulah saya tak berkerja-
-Ana.-
-tahu tahu tahu.tapi kenapa tak call tak text diam macam awak langsung tak kisahkan saya?-
-pernah ke selama ni Yusof tak kisahkan Ana?-
-malas la nak cakap!-
-merajuklah tu. Yelah sayang. Esok saya datang rumah ok? ;p-

Ana tertawa geli hati. Yusof tu memangla Yusof yang Ana kenal 7 tahun dulu. Masih mementingkan Ana dari segala hal. Sebab itulah Ana sayang sangat dengan Yusof.

Ana merebahkan kepalanya ke bantal dengan hati yang senang. Yusof. Ana sangat sayangkan awak! Cepatlah esok. Ana rindu sangat! Ana terlelap dengan senyuman yang masih menghiasi bibirnya.

Yusof meletakkan Samsung itu di atas dadanya. Tersenyum perit. Ana. Yusof sangat sayangkan Ana. Tapi sayang, macam mana pun Yusof sayangkan Ana, macam mana hebat pun Yusof cintakan Ana, rindukan Ana, Ana tetap kena belajar untuk hidup sendiri. Tak selamanya Yusof akan ada untuk Ana. Not in another year Ana.

Tuesday, July 3, 2012

A.H Tailor Cinta 3



We can't predict what will happen.There must be a lesson for us to learn, memories to keep and life goes on.

Ana tersenyum. Yes. We can't predict what will happen. But we can choose which path we will go for.

Dan Ana, inilah yang dia pilih. Menjadi seorang tukang jahit, walaupun dia memiliki segulung Ijazah dalam bidang kewartawanan. Ana ini bukanlah pandai seperti adik beradiknya yang lain. Along dan angahnya merupakan jurutera,kak lang seorang akauntan di Maybank. Tapi Ana anak bongsu emak dan ayah yang manja ni kerjanya duduk di bawah ketiak emak juga. Tapi emak tak kisah, sekurang-kurangnya ada juga peneman emak dan ayah di rumah. Ada juga yang boleh disuruh nak beli barang dekat Giant yang sejengkal je dari rumah mak tu. Dan si Ana ini, merupakan babysitter anak-anak Alongnya apabila tiba hari menggedik anak-anak Alongnya nak duduk dengan tok mak dan tok ayah mereka. Jadi Mashu Ana la yang TERPAKSA jaga anak-anak buah yang 'baik' tu.

Ana sedang menggunting baju apabila tiba-tiba sahaja kedengaran orang memberi salam di luar rumah. Ah, malasnya nak bangun. Kenapalah harini mak dengan ayah pergi Johor? Kenapa? Kenapaaaaaa. Malas-malas Ana bangkit dari duduknya. Menarik nafas sebelum melangkah ke pintu rumah. Kelihatan seorang mak cik di pintu pagar dan oh oh oh kereta idaman! Mak cik tu naik Ford Fiesta! Waaa!

"Dik, ni rumah Laila kan?" Laila? Siapa? Eh, mak aku lah. Spontan Ana mengetuk kepalanya.
"Ha. Kenapa cik?" Ana masih berdiri di pintu grill. Eh kemain xsenonoh anak dara ni tak menjemput masuk pun.

"Cik, sekejap ye." Ana berlari ke dapur, mencapai selendangnya,melilit ala kadar,dan ke depan semula. Sempat tangannya menyambar kunci rumah yang tergantung di dinding.
"Cik kawan dengan mak ke? Tapi mak takda rumah harini."
"Oh ye ke. Laila kata ada anaknya boleh jahitkan baju, tu yang makcik datang sini. Nak tempah baju." Hmm emak ni, bukan tak tahu aku tak suka orang hantar baju banyak-banyak. Kalau tak siap macam mana?
"Oh, masuklah cik. Boleh Ana ukur terus." Ana membuka pintu pagar.
Mak cik yang naik Ford Fiesta tu berpaling ke arah kereta dan mengetuk cermin tingkap. Ana hanya memandang. Anak dia kot. Perlahan cermin tingkap diturunkan.

Homaigoddddd!!

Ana terlopong. Anak mak cik ni? Hadoi. Kenapa? Kenapa kenapa???

"Adam, jom masuk dulu. Ma nak ukur baju. Adam pun kena ukur kan?" Eh,aku ada cakap aku boleh buat baju Melayu ke?
Si 'Adam' menaikkan semula tingkap kereta dan mematikan enjin. Aviator yang terletak di batang hidungnya ditanggalkan dan disisip di kolar baju. Oh boleh tahan handsome 'Adam' ni.

"Kejap ye cik. Ana ke dapur jap"
"Eh tak payah buat apa-apa Ana. Susah aje."
"Takpe-takpe. Tak susah pun."
Bila lagi nak berlagak baik kan? Selama ni mak ada mak yang uruskan semuanya. Ni biar aku tunjuk skill pula. Mana tahu berkenan pula mak cik tu, jadilah aku menantu. Eh? Ada anak bujang ke? Si Adam entah-entah dah kahwin. Ala anak lain? Eh kemain gatal ye Ana.

"Boleh ke siap sebelum raya baju-baju ni Ana? Mak cik ingat nak pakai raya."
"Boleh cik, InsyaAllah. Tinggalkan no fon dekat Ana, nanti dah siap Ana telefon." Ana menjeling sedikit ke arah 'Adam'. Terkejut apabila rupanya si Adam sedang tajam memerhatikannya. Gabra. Habis semua benda di usiknya.

"Boleh bangun cik? Ana nak ukur baju cik." Ana tak selesa. Budak Adam ni dari tadi dok nengok aku, cucuk mata tu kang tahulah. Hish. Rimas!

"Hah Adam, cepat ukur. Kita ni ganggu Ana je. Tengok tu dia ada banyak baju nak jahit." Adam bingkas bangun. Berjalan ke arah Ana.

Ya Allah, handsomenya makhluk ciptaan Tuhan ni! Acik, macam mana dapat anak seganteng ini? Hubby acik mesti ganteng jugakkan?

Adam berdiri tepat di hadapan Ana. Eh kenapa rapat sangat ni? Ana memanggung kepala.
"Tingginya" perlahan Ana menggumam.
"Pusing badan hadap sana." Ana berkata sambil mengambil tali tape. Sempat Ana menarik bangku kecil di bawah meja menggunakan kakinya.
"Tinggi sangat si Adam ni, kesian Ana kena panjat bangku pulak." Terus sahaja Adam berpaling. Huih semangat, kenapa main paling-paling ni? Tak tau ke yang kita ni terlalu rapat? Aku peluk jugak anak bujang acik ni kang.
"Eh pusing belakang balik. Ana nak ukur la."
Rasa macam nak terlepas je tali tape ni dari tangan. Mana tidaknya, si Adam ni handsome sangat sampai Ana rasa nak ajak Adam kahwin la la ni jugak! Tapi kan, apehal si Adam ni tak bersuara sepicing pun? Takda suara ke? Bisu? Ke sengau? Ke demam sakit tekak? Hish. Pandai-pandai la kau Ana nak mengata anak orang. Entah-entah anak orang tu tak sihat. Ada pulak dikatanya sengau bisu.
"Adam ni memang jenis senyap Na. Susah sikit nak dengar suara dia." Terbatuk-batuk Ana dibuatnya. Mana la acik ni tahu aku tengah mengumpat anaknya dalam hati.
"Hehe acik ni, mana ada Ana nak suruh dia bercakap. Dah dia taknak cakap tak apalah cik".
"You nak cakap apa dengan I?" Ana terkebil-kebil memandang Adam yang tiba-tiba bersuara di depannya.
"Eh, tak tak. Mana ada nak suruh cakap apa-apa. Ish."
"Cara mama cakap tadi macam you ada benda nak cakap dengan I. Tak ke?"
"Alaaa acik gurau je la. Mana ada Ana nak cakap apa-apa."
"You tak nak tanya pasal haritu?" Ana mengerutkan dahi.
"Apa?"
"Nothing. Dah siap ke ni? Ada apa-apa lagi nak ukur?"
"Ha dah dah." Ana duduk semula dan menghulurkan buku jahitannya pada kawan-emak-yang-Ana-tak-tahu-namanya. "Cik letak nama dengan nombor telefon dekat situ. Nanti dah siap, senang Ana nak bagitahu dekat makcik."
"Ok, terima kasih ya Ana. Makcik minta maaf sebab lambat-lambat hantar kain. Tak tahu dah nak hantar dekat siapa lagi. Nasib baik ada anak dara Laila ni." Hehehe anak dara Laila? Awww I loike!
"Tak apalah acik, Ana memang jarang ambil tempahan, jadi tak banyak sangatlah baju yang Ana kena jahit. Boleh lagi jahitkan baju acik." Ana tersenyum.
"Ok lah cik Ana. Kami balik dulu. Apa-apa hal, call me. I left my phone number on your note book."
Ana menganggukkan kepalanya. Dua minit kemudian Ford Fiesta hitam itu sudah meninggalkan perkarangan rumahnya.

Haila. Why on earth la aku jumpa mamat pos laju tu lagi?

Thursday, June 28, 2012

A.H - Tailor Cinta 2


Kalau bukan sebab kak Hanis yang mintak tolong aku hantarkan barang-barang ni, mesti sekarang ni aku tengah sedap membeli-belah dengan Faizah. Ini tidak,aku pulak yang kena pick-up Faizah dekat KTM. Nasib baik aku memang nak pergi sana sebab nak hantar kak Mira. Mulutku dibentuk-bentukkan,tanda tak puas hati.

"Dah tak payah nak buat mulut Ana. Tak puas hatilah tu tak boleh shopping".

"Memanglah kak, gila tak aci Faizah shopping sensorang".

"Tak apalah dear,bukan selalu tolong kakak ipar,kan?"

"Bakal laaaaaaa".

"Iyelah,kak Mira mendoakan je. Taknak ke?"

"Eh. Nak laaaaa!"

"Gatal."

Pecah tawa kami berdua dalam Persona yang tak berapa besar tu.

Ana menarik handbreak apabila keretanya sampai di hadapan depan pintu KTM Senawang. Kelihatan Faizah sedang berjalan kearahnya sambil tersengih. Hamboi. Kemain banyak lagi barang dia. Tak padan dengan naik KTM.

"Kak Mira gerak dululah Ana. Faizah pun dah sampai kan?"

"Oh ok. Nanti nak balik telefon tau. Ana ambil kak Mira kat sini." Ana menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan kak Mira.
"Hoi makcik! Kemain banyak lagikan kau shopping? Tak ci. Aku merajuk. Kau balik jalan kaki!" Ana melaung kepada Faizah yang sedang berjalan. Faizah dan kak Mira melepaskan tawa.

"Dia merajuk tu Faizah." Ujar kak Mira.

"Akak ni,mana ada Ana merajuk." Mereka ketawa serentak.

"Oklah, kak Mira gerak dulu. Assalamualaikum." Ana dan Faizah melambai pada kak Mira yang sedang menaiki tangga untuk ke kaunter tiket.

"Dah jom.Tak payah buat muka cencorot basi kau. Tak comel pon."

"Sipot kau Faizah!" Kami melambakkan tawa.

"Jom aku belanja IceRoom nak?"

"Ala,aku taknak la. Nak pergi Penang Street."

"Mengada. Dah jom." Ana melompat sedikit apabila mendengar persetujuan daripada Faizah. Yeay, Penang Street Penang Street! :)

Faizah tersenyum melihat Ana yang khusyuk mencari udang dalam mangkuk mee karinya. Padahal kalau nak diikutkan bila tak nampak dah kelibat udang tu,tak perlu dicari pon tak apa. Memang sah tak ada. Faizah menoleh ke kanan apabila terasa seperti ada yang sedang memerhati. Dia mengerutkan dahi. Pehal nak pandang Ana macam pandang pontianak??




"Ana,kau ada cari pasal dengan siapa-siapa ke harini?"

Ana mengangkat kepala sambil mengerdipkan matanya. Ini memang sindrom baru Ana. Suka buat aksi konon-comel-Victoria macam dalam siri We Got Married-Khuntoria. Tapi Ana memang comel. Sebab pipinya memerah semulajadi. Macam namanya. Ana Humaira.

"Tak adalah. Kenapa kau cakap macam tu? Ada orang datang nak belasah aku ke?"

"Look to your left." Pantas Ana memusingkan kepalanya. Ohmaimaimai! Pantas Ana memalingkan semula kepalanya melihat Faizah yang sedang menyedut ice lemon tea.

"Siapa tu?" Faizah memang macam ni. She acts like she is my older sister. Very protective.

"Entah. Aku pun tak tahu."

"You know I know when you lied kan?" Ini juga satu kelebihan Faizah. Tak kisahla betapa kecilnya penipuan si Ana,pasti dia tahu saat itu juga.

"Ala aku jumpa dia dekat PosLaju tadi."

"And?"

"Entah. He kept looking at me macam aku curi something dari dia." Ana meneruskan pencarian udang dalam mangkuk mee nya. Faizah memandang kepada lelaki itu. Mengangkat keningnya. Lelaki itu hanya menggelang dan tersenyum sebelum meneruskan perbualan dengan lelaki di depannya.

"Haih."  Ana mengeluh sambil menyandarkan badannya pada kerusi. Dah bosan sebab memang dah tak ada udang dalam mangkuk tu. Teh o ais disedut sehingga habis. Cepat Ana menadah tangan membaca doa selepas makan. Oh. Ini memang habit si Ana budak tak matang. Sejak dari sekolah lagi dah terbiasa baca doa lepas makan dengan bersungguh. Padahal boleh je baca macam orang normal. Tapi si Ana yang berusia 27 tahun ni memang macam budak kecil.

"Dah?" Soal Faizah. Ana menganggukkan kepala.

"Jom." Faizah ke kaunter manakala Ana sibuk mengumpul barangnya di atas meja makan. Apabila dia bangun, lelaki tadi memandangnya. Tapi tak tersenyum. Macam pandang dengan dingin. Ana menganggukkan kepalanya sedikit sebelum melangkah keluar. Ee entah apa-apalah dia tu. Tengok orang macam tak tak pernah tengok perempuan. Ke dia tengok perempuan macam tengok lelaki? Eh apa-apa jelah. Malas nak fikir.

       Ana kerjanya duduk rumah sebab belum ada tawaran bekerja yang diterima. Mujur sahaja Ana pandai menjahit. Jadi adalah sikit-sikit terima tempahan buat baju kurung. Itupun terhad je sebab takut tak sempat. Lagipun Ana ada jugak buat bisnes online. Boleh la jugak nak tampung kehidupan dia. Segan jugak bila duduk rumah dengan mak ayah tapi tak hulur apa-apa. Bukan taknak cari kerja, tapi semuanya ditolak mentah-mentah. Tak apalah, ok saja sebenarnya bekerja sendiri ni. Flexible hour. Haha.

"Ana. Tadi Along telefon. Nak tanya tahun ni boleh tak Ana jahitkan famili dia punya baju raya?."

"Aaa. Cakap ngn Along hantar kain cepat. Ana buat untuk abang Lang sekali, takut tak terbuat pula."

"Ana telefon la Along." Ana memuncung. Malas nak telefon. Misscall je la. Hehehe.

Haaa inilah masalahnya kalau aku saja yang belum kahwin dan aku saja yang tak bekerja. Along senang saja guna alasan tu suruh aku datang rumah dia nak ambil kain. Itulah itulah. Aku yang jahit, aku yang kena ambil kain. Apalah nasib.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar rumah Along. Ana melangkah kearah pintu pagar rumah Alongnya. Hmm memang tak ada sesiapa sebenarnya dalam rumah ni. Along dan kak Long bekerja. Anak-anaknya di hantar ke sibuk bersekolah. Jadi memang agak bergeliga la abang aku ni kan sebab gantung plastik kain ela dekat pagar rumah. Lepas tu yang tak berapa nak tinggi terpaksalah terjengket-jengketkan nak ambil plastik tu. Haiyoooo.

“Kenapa tu Ana?” Ana memusingkan badannya. Oh. Abang Iwan rupanya. Abang Iwan ni jiran Along. Duduk depan rumah Along. Handsome! Dan tak available! Sebab aku dah cop dulu. Hihii.
“Abang Iwan. Ni ha, Along tinggalkan kain ela dekat pagar, Ana tak sampai nak ambil.” Ana tersengih-sengih memandang abang Iwan. Iwan tersenyum, lalu menapak ke hadapan dan mengambil plastik itu dengan mudah. Ok, abang Iwan sangat tinggi. Kalau bercakap dengan dia terpaksa mendongak lebih-lebih sebab ketinggian dia dah serupa zirafah.

“Nah. Kecik sangat Ana ni.” Iwan tersenyum lagi.

“Terima kasih abang Iwan!” Ana tersengih senang. Tak payahla dia susah-susah nak memanjat tembok rumah Along.

“Along tempah baju raya dengan Ana ke?” Laju sahaja Ana menganggukkan kepalanya. Kalau abang Iwan nak tempah dengan Ana pun boleh. Cisss gatal ya kau Ana Humaira!

“Abang nak tempah baju Melayu dengan Ana boleh tak? Ke dah tak ambil tempahan lagi?”

“Er, eh tak adalah abang Iwan. Ana boleh ambil lagi. Kalau abang Iwan nak bagi kain sekarang pun boleh. Eh, tapi Ana tak bawa tape.” Adoila Ana, elok-elok ada kereta sendiri nak juga usung kereta ayah. Red code situation macam ni kan dah payah. Sebabnya dalam kereta Ana boleh tahan penuh juga dengan alatan menjahit.

“Tak apalah, abang kasi Ana baju abang yang dah siap jahit boleh?”

“Boleh boleh.” Ana tersenyum senang. Yeay dapat baju abang Iwan!!! Nak kena bagitahu dengan Faizah dan kak Mira ni! J


p/s : ditulis dalam kelas sebab sedang bosan dan tak ada kawan nak dilayan borak sebab semua sibuk tengok next great baker + ada yang pergi derma darah. =)