Friday, September 28, 2012

A.H Tailor Cinta 5

"...and everytime it feels like we're gonna make it, that's when it falls apart."


3 tahun kemudian.


            Ana meletakkan semula Yassin di atas meja bersebelahan dengan Al-Quran yang diberi oleh Allahyarham Yusof. Hari ini, sudah masuk tahun ketiga Yusof meninggalkan Ana, sudah masuk tahun ketiga Yusof meninggalkan keluarganya tercinta, sudah masuk tahun ketiga, dan Ana masih lagi merindui jejaka itu. Yang pernah menjadi tulang belakangnya dalam apa jua keadaan, yang meminjamkan bahunya apabila Ana menangisi hidupnya, yang memberi kata-kata semangat apabila Ana merasakan hidup ini tidak adil padanya. Yusof itulah, yang Ana rindukan saat ini.

"Ana, mak dengan ayah nak keluar sekejap. Ana nak kirim apa-apa?"

Ana menggelengkan kepalanya. 

"Tak apalah mak. Ana nak keluar jugak sekejap lagi."

"Keluar dengan siapa? Nak ke mana?"

"Dengan siapa lagi mak, dengan Faizah lah." Ana melipat telekungnya sambil melemparkan senyuman.

"Apa-apa hal telefon mak ye." Ana menganggukkan kepalanya. Sejak Yusof pergi, semua orang memang menjadi terlebih caring padanya.

        Ana melepaskan keluhan. pemergian Yusof tiga tahun dulu sangat-sangat mengejutkannya. Terasa seolah-olah Tuhan sedang menghukumnya dengan menarik Yusof pergi daripadanya. Mujur emaknya Yusof menasihatinya Ana supaya melepaskan pemergian Yusof. Yusof, semoga awak tenang di sana.


                BlackBerry di capai dan laju sahaja tangannya mendail nombor telefon Faizah. Hujung minggu begini memang dia dan Faizah akan merayap ke Kuala Lumpur kalau tiada apa-apa. Kalau tak membeli belah pun, mereka ke sana sekadar mencuci mata.

"Hello babe!"

"Ha, jadi tak?" terus sahaja Ana bertanya.

"Tak bolehlah. Mak aku kata ada kenduri dekat Pilah."

"Oh yeke. Takpelah, aku pergi sorang-sorang."

"Eh babe! Kau jangan nak buat hal. Kau ikut aku je lah pergi Pilah. Nak?"

"Mana nak campak aku? Adik-adik kau lagi?"

"Mana. Adik-adik tak ikut. Siaplah. Pakai lawa-lawa sikit. Mana tahu sangkut jodoh."

"Cis!" 


Selepas meletakkan telefon, Ana membuka almarinya. Hmm baju apa nak pakai ni? Rasanya macam dah lama tak melawa. Baju kurung moden bewarna biru tua ditarik dari dalam almari. suis iron dihidupkan dan dia mula menggosok baju kurungnya. 


"Yusof, Ana bukan tak sedih Yusof tak ada disini. Ana tahu, walau macam mana pun Ana sedih, tetap tak dapat mengembalikan Yusof pada Ana kan? Ana harap, Yusof bahagia disana, dan Ana harap, Yusof doakan yang baik-baik untuk Ana. Ana sayang Yusof." 

                         Bunyi hon kereta membuatkan Ana terkocoh-kocoh keluar dari dalam rumah. Sempat di sambar kunci rumah di dinding. Selepas mengunci pintu dan pintu pagar, Ana membuka pintu depan kereta milik Faizah.

"Cik!" Ana menegur ibu bapa Faizah yang memang sudah sedia duduk di belakang.

"Ana sihat?" Ana hanya menganggukkan kepalanya. Sedia maklum dengan soalan itu sejak pemergian Yusof. Semua orang tahu bagaimana murungnya Ana waktu itu. Setahun. Setahun lamanya untuk Ana menerima bahawasanya Yusof telah pergi meninggalkannya. Setahun juga Ana mengalami kemurungan yang teruk. Mujur Ana tidak bekerja, dan mujur juga Ana masih punya emak dan ayah untuk menjaganya. Mujur juga, Allah masih sayangkan Ana, dan mengembalikan semula semangat Ana yang hilang, biarpun ia mengambil masa setahun lamanya.

"Babe. Apasal aku tengok kau lawa semacam hari ni?" spontan Ana menilik wajahnya di cermin.

"Eh. Mana adalah. Biasa je aku tengok." Ana menjeling Faizah yang sedang memandu. Faizah tersenyum.

"Dah tiga tahun aku tak tengok kau pakai mekap macam ni." Ana tersenyum. Ya. Dan dia tahu, mourning won't make him come back to her.

"Aku cantikkan?" Faizah menjelirkan lidah.

"Mula dah keperasantanan kau tu."

"Oh thank you. I know you're agree with me. Don't cha darling?"

"In your dreams dear. In your dreams."

                 
                                  Ana sedang bermain Ninja Fruit di tab-nya apabila tiba-tiba dia rasa ada seseorang duduk di hadapannya.

"Kata nak masuk? Awatnya hang cepat sangat keluaq?" yakin sahaja bahawa di hadapannya kini adalah Faizah.

"Bila I kata I nak masuk?" terus sahaja Ana mengangkat mukanya dari skrin Tab-nya. Omaigosh.

"Dah. Tutup mulut tu. Apa yang terkejut sangat tengok I?"

"You.."

"Yes, me."

"Buat apa dekat sini?"

"La, datang makan nasi minyak la. Takkan I datang jadi tukang masak pula?" dia tertawa kecil. Eh, handsomenya! Hamboih Ana. Sempat tilik muka orang pulak.

"Ehm..eh. Dah kalah?! Ni semua you punya pasal. Tengok I dah kalah main Fruit Ninja. Hisy. Kacau orang je."

"Fruit Ninja tu bila-bila boleh main lah. I ni lagi penting tau tak?"

"Apahal you lagi penting pulak?" Laju sahaja jemari Ana menekan button replay di skrin Tab-nya. Sibuklah pakcik PosLaju ni. Tak boleh tengok aku bahagia main game agaknya.

"Mestilah I lagi penting. Tiga tahun sekali je you boleh jumpa I tahu?"

"Tiga tahun?"

"Yelah, last time we met at your house. Lupa?"

Ana menganggukkan kepalanya. Betullah tiga tahun. Si pakcik PosLaju dan acik Mariah emaknya-yang-sangat-sweet datang rumah sebab nak tempah baju. Takkan lah Ana lupa. Kan pertama kali jumpa dekat PosLaju. Kan?

"Ha ingat ingat. Tak payah susah-susah pakcik ingatkan saya." Adam tergelak kecil. Tak sangka jugak terjumpa budak kecik ni dekat sini.

"You kenal ke tuan rumah ni?"

"Tak pun. I ikut member I datang sini."

"Dia tu ke?" Ana mengangkat kepala. Matanya menangkat kelibat Faizah dengan kerutan dahi, mungkin memikirkan siapa yang sedang duduk di hadapan Ana ketika ini.

"Ha dia tu lah. Tak ingat ke masa I makan dekat Penang Street?"

"Oh dia tu ke?" Adam mengangguk anggukkan kepalaya. Tak ingat sebenarnya. Tapi terpaksa buat-buat ingat. Hehe.

"Babe." Faizah mengangkat kening kepada Ana apabila Ana memandangnya.

"Faizah, ni Adam. Adam, ni Faizah." terus sahaja Ana memperkenalkan mereka.

"Hey." Adam mengukir senyuman kepada Faizah. Faizah menganggukkan kepalanya sedikit. Memang minah macam ni. Susah sikit nak percaya lelaki.

"Nanti aku cerita. Nak balik dah ke?"

"Haah. Ibu aku ajak balik. Jom?" Faizah terus sahaja melangkah pergi. Angkuh budak ni. Bisik Adam dalam hati.

"I balik dulu okay? Bye." Pantas Ana menyimpan Tab di dalam handbagnya sebelum melangkah laju ke arah Faizah. Eh laju pulak minah ni jalan.

Adam hanya memerhatikan langkah Ana, sehinggalah kereta yang dinaiki Ana menghilang dari pandangannya.

Ana. Ana. Ana.

Adam melepaskan keluhan.


p/s : when you feel like everything didn't go right, turn to Allah. InsyaAllah, He'll ease everything for you. Kuatkan hati.

No comments: