Thursday, June 28, 2012

Seven Kaler Pelangi 6


Ken melonggarkan tali lehernya. Rimas rasanya dengan tali leher yang membelit lehernya sedari tadi. Tangan kirinya pantas menekan butang on pada radio. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, dan keadaan jalan raya, beginilah, jammed tak habis-habis.
Kakinya masih lagi mengawal pedal brake dan minyak. Ini baru Seremban, KL lagi jammed teruk. Sesekali matanya di halakan ke sekeliling. Kenderaan masih bergerak perlahan. Blackberrynya berbunyi. Oh, ada message.

Diya :
Along balik lambat? Diya ikut mama pergi Jusco. Byeeeee =p

Ken tersenyum. Adiknya sejak pulang dari UK memang kerjanya mengikut mama ke sana sini. Jusco. Nak beli baju lah tu agaknya. Almari dah penuh, tapi masih nak membeli lagi. Perempuan. Ken pandang kanan. Zara.

Zara memberhentikan keretanya apabila kereta di hadapannya menekan brake. Kalau tak jammed tak sah. Nasib baik aku cukup bijak beli kereta auto masa nak beli kereta dulu.
Kalau tak, memang sah tak larat la nak hadapkan jammed macam ni hari-hari. Zara memalingkan kepala ke kiri apabila dirasakan pemandu di sebelah seperti sedang memandangnya.
Akif.

Ken mengangkat tangannya pada Zara. Zara hanya tersenyum dan menganggukkan kepala sebelum menekan pedal minyak. Fuhh nasib baik dah lampu hijau. Kalau tak, serba tak kenalah aku dalam kereta ni.
 Perlu ke Akif tu berada di mana-mana? And kenapa mesti aku asyik rasa yang aku pernah kenal dia sebelum ni? Aku pernah couple dengan dia ke? Shit. Teori mana kau pakai ni Zara? Kau mana pernah couple dengan mana-mana manusia. Dengan haiwan pun tak pernah. Zara mengetuk perlahan kepalanya. Kenapa aku macam tak ingat apa-apa ni? Siapa ya dia tu? Tapi muka dia ada di sini, dancing in my head.
Inilah masalahnya kalau ada masalah memory macam aku. Semua orang cakap aku ada short term memory. Dan aku tak pernah percaya. Tapi mungkin aku kena percaya dengan teori itu. Mulai sekarang.


Zara mencapai Blackberry yang damai di atas katilnya. Tangan kirinya sibuk mengibas rambut yang basah dengan tuala manakala tangan kirinya mencari nombor telefon Ana. Dah lama tak telefon Ana. Entah apa khabar member sorang tu tak tahulah. Nak harapkan dia yang call? Hmm busy semedang minah tu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Eh Zara lahabau kau baru ni nak call aku. Kau kat mana?” Zara tersengih. Dah memang gayanya Ana begitu. Lahabau.
“Aku sajalah yang kena call kau? Kau tak payah call aku? Banyak cantik.”
“Ehh gurau pun tak boleh. Pergi surau lah!” kami sama-sama tertawa. Gurauan masa sekolah yang masih melekat sehingga kini.
“Kau call aku ni mesti ada story kan? Kalau tak jangan harap nak call. Ha apa dia? Tak sabar aku nak dengar. Nak kahwin dah ke? Alhamdulillah, tak lama lagi Khalif bolehlah aku jodohkan dengan anak kau.” Aku mengerutkan dahi. Bila aku cakap nak kahwin?
“Aku tak cakap apa pun kan Ana? Kau ni..”
“Iye iye, aku bagi kau cerita. Cerita lah cepat.”
“Aku rasa aku ada kenal dengan seorang lelaki ni.” Mukaddimah.
“Lelaki? And that means he’s no ordinary guy.”
“Maksudnya?” cerita aku, tapi Ana pulak yang boleh tafsir lebih-lebih.
“Biasanya kau guna mamat je untuk merujuk kepada lelaki. You just used the word LELAKI which means he’s nothing like any other mamat out there, kan?” Zara menggaru kepala yang tidak gatal. Alert sungguh ibu anak satu ni.
Sort of.”
So?”
And aku rasa macam aku pernah kenal dia sebelum ni. Sebab muka dia keep dancing here, in my head. And termasuk petang tadi, mungkin dah empat kali kami terserempak dalam masa dua bulan ni.”
“Dua bulan? Bukan ke kau ada short term memory? And how did manage to remember him?”
“La kan aku dah kata. Dia ada dalam kepala aku la, cuma aku tak tahu dia tu siapa, aku pernah jumpa kat mana and...whatever.”
“Okey, nama dia?”
“Akif. Akif Farhan.”
“Ingat pulak kau nama dia?”
“Dia client tempat aku kerja.”
“La kau ni, kau ingat muka dia sebab dia client la. Apa yang kau kusutkan sangat?”
Nope. Masa first time aku jumpa dia dengan Fathi, aku rasa macam aku pernah jumpa dia. And dia pun nampak macam kenal dengan aku.”
“Bila masa pulak kau pernah jumpa dia?” Zara mengeluh.
“Anaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!”
“Okei okei, kau ada short term memory, kau ingat rupa dia, tapi kau tak tahu kau pernah kenal dia atau tak, tak tahu pernah communicate dengan dia atau tak.”
“Ana, kalau kau tak ulang pasal short term memory tu banyak kali pun tak apa. I knew it already.”
“Hmm, mesti kau ada jumpa dia somewhere. Masa study dulu? Satu u dengan kau? Tak pun satu kuliah dengan kau?”
“Aku tak rasa macam tu, sebab Fathi macam tak kenal dia. Kalau satu kuliah mesti Fathi kenal. Dia kan kecoh.” Dan tiba-tiba aku terdengar suara Naim sayup-sayup memanggil isterinya.
“Macam? Kau ni entah-entah Fathi kenal tak? Eh Zara. Aku minta maaf sangat. Hubby balik dah ni. Nanti aku text kau k?”
“Hmm ok. Kirim salam kat Naim. Bye.”

Zara merenung kosong. Tv yang sedang menayangkan siri kegemarannya CSI : Hawaii langsung tidak menarik perhatiannya hari ini.
Kata-kata Fathi di pejabat tengah hari tadi buat dia rasa sangat kehilangan. Mula-mula Nina, lepastu Fathi pulak. Semua orang dah nak kahwin, meninggalkan aku jauh betapak-tapak di belakang. Tapi bukan salah dia kalau jodoh itu yang tidak mahu mendekat dengannya.

“Zara, aku dah ajak Ekin kahwin dengan aku.” kata-kata yang membuatkan aku melipat maut kepalaku yang sedang memerhatikan mesin fotostat.
“Kau? Seriously?” Zara membesarkan matanya. Fathi melepaskan tawa melihat reaksi Zara.
“Tak payahlah buat muka macam tu Zara.”
“Tak. I mean, seriously kau nak kahwin dah?”
“Yup, minggu lepas family aku dah hantar rombongan merisik. Mungkin sebulan dua lagi nak bertunang pula.”

Dan gaya Fathi berbicara masa itu betul-betul seperti dia sedang berbahagia menunggu hari bahagianya bersama Ekin, pengarang jantung hatinya sejak zaman persekolahan.

“Kau bila lagi Zara? Kita ni semakin tua, bukan semakin muda.”

Dan kata-kata itu yang buat aku rasa macam nak marah. Siapa kata aku semakin muda? Dan aku tahu umur aku semakin meningkat. Tahun ini 26, tahun depan yang tinggal lagi 7 bulan aku dah 27.
Ye aku tahu, aku tahu. Tapi, aku sampai sekarang tak ada sesiapa dalam hati. Entah. Kalau dulu masa zaman sekolah, zaman universiti, aku rasa ada boyfriend tu sangat lame.
Apa barang bercinta menghabiskan duit biasiswa yang kerajaan bagi? Naaa..duit kerajaan was not an option untuk bercinta.


No comments: