Sunday, October 7, 2012

A.H Tailor Cinta 6

Joheunsaram neoneun naega cheotsarang, 
Saranguel  gareuchyo jun saram,
Never forget you,
I'll remember you,
Gieokhe neo hanaman.


Ana menyelongkar isi beg tangannya. Blackberry-nya sudah berpuluh-puluh kali berbunyi. Haih. Ini yang payah ni. Bila pakai beg kecil, tak muat barang-barang. Bila pakai beg besar-besar, selalu je susah nak carik barang-barang. Selalunya handfone lah yang paling susah sekali nak carik kalau dah letak dalam beg ni. Ana, hang len kali jangan dok campak handfone dalam beg. Letak terus dekat poket depan ni. Kan senang nak cari. Lagu Time To Love bergema sekali lagi di dalam beg tangan Ana. Aaaaaaa tekanannya aku!!

Yeay! Gotcha baby!


"Assalamualaikum."


"Waalaikumsalam. Ana, keluar jom?" Ana mengerutkan dahi sebelum menjauhkan telefon dari telinga. Dia melihat skrin telefonnya. Siapa ni? Tiba-tiba ajak keluar.

"Err come again Mister. Who are you?"


"I la..Adam." ooh. Pakcik PosLaju.


"Eh? Macam mana you tahu nombor I?"

"Ala jomlah keluar sekejap. I'll explain okay? Jom?" Huh? Ana? Nak ke keluar dengan posmen ni?

"Banyak kerjalah."

"I tak kira. I'll pick you up at your house. In 10minutes time. Siap cepat."

Huh? Apa kena dengan pakcik ini? Suka-suka dia nak arah-arah aku. I barely know him yet he treat me like I knew him well. 


"Ana? Apa duduk termenung tu? Tolong mak kupas bawang ni."


Cepat-cepat Ana bangun dan melangkah ke dapur. Ni mesti tak ada lain. Mesti ayah minta mak buatkan cekodok tepung yang ada cili padi tu. 

Pisau dicapai. Laju sahaja jemari dia mengupas bawang dan terus terlupa pada ajakan Adam tadi.

"Lepastu kupas kentang tu. Potong kecik-kecik." Ana hanya mengangguk. Malas nak beri respon. Bukan dia tak tahu buat cekodok ni. Tapi biasalah emak. Dia hanya nak pastikan apa kita buat tu betul, kan?

Ana hanya memerhati dengan ekor matanya emak membancuh kopi, kegemaran ayah. Kopi biasa saja, tapi kalau Ana yang bancuh tak tahulah kenapa tak pernah sama dengan yang dibuat emak. Pelik? Memanglah. Tangan ini baru berapa tahun je belajar jadi suri rumah. Emak tu, seumur hidup dia dah jadi suri rumah. Tak boleh kahwin lagi kau Ana. Buat kopi pun tak pandai. 

"Ana. Ada kawan datang." Ana mengangkat muka ke pintu dapur. Ayah sedang memandang kepadanya.

"Siapa yah?"

"Dia kata kawan Ana." eh? Faizah ke? Takda pulak dia kata nak datang. Ana membasuh tangannya, mengelap dan terus mencapai selendang hitam yang memang sedia ada di dapur. Sambil melilit selendang di kepalanya dia berjalan ke pintu rumah. Terhenti tangannya apabila melihat si dia sedang bersandar di pintu Ford Fiesta tersebut. 

Oh my! How...in the world he can be so much devastatingly cool standing like that? 

Ana terkebil-kebil melihat senyuman yang terukir di bibir dia. Perlahan-lahan Ana turut mengukirkan senyuman. Adam kelihatan erm..agak kacak, dengan kemeja putih dan jeans biru. Kenapa rasa macam panas je muka ni? 

"You blushed, Ana." Oh. Dekatnya dia. Kenapa dekat sangat ni? Tak nampak ke mak dengan ayah ada dekat sini. Ana menapak ke belakang selangkah. 

"Hai Adam."

"Mak, ayah. Ni Adam. Mak kenalkan?" Aku berpusing, membelakangkan Adam. Oh, gosh. Like he can feel my heart rhythm.

Adam pantas bersalam dengan emak.

"Lama dah dia dekat sini, lama jugak ayah borak dengan dia tadi. Ayah tak tahu pulak Ana ada boyfriend." I'm flush.

"Ana?" emak memandangku dengan muka pelik. Aku tersenyum, menghantar isyarat bahawasanya aku akan cerita tentang ini, kemudian.

"Saya datang ni, nak mintak izin pakcik makcik, nak bawa Ana keluar sekejap. Boleh?" Adam tersenyum. Dan aku cair, sekali lagi.

"Oh, nak pergi mana?" Tanya emak. Ana turut memandang ke arah Adam.

"Err..keluar kejap." Adam menggosok batang hidungnya. Reaksi spontan, respon kepada tekanan.

"Biarlah Ana keluar dengan dia yang. Bukan selalu Ana keluar. Selalu dengan Faizah je." emak menganggukkan kepala.

"Pergi naik atas. Siap." Ana menikus. Emak dah keluarkan arahan. Mesti mak tahu aku tak nak keluar dengan Adam. Adam tersenyum senang. Tahu dah makan dia. Kalau tak nak keluar, datang rumah je terus. Cayalah bakal ayah dan mak mentua ni. Eh?

Perlahan sahaja Ana mendaki tangga menuju ke biliknya. Kenapa mak suruh aku keluar dengan dia. Kenapaaaaaaaaa!

20 minit kemudian.

"Buat apa lama sangat dekat atas tu?" Emak mengerutkan dahinya.

"Mandi." perlahan sahaja aku menjawab. Adam masih dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Entah apa sangat yang seronok. 

"Pergilah. Jangan balik lambat sangat." kata ayah sambil menggosok kepalaku yang dilitupi tudung.

Di dalam kereta.

"You mandi ke tadi?"

Ana hanya menganggukkan kepala. Lama tadi bukan sebab mandi. Sebab dok sibuk fikir nak pakai baju apa, nak pakai tudung apa, warna apa. Sibuk cari kasut apa yang sesuai. Akhirnya redah juga pakai jeans lusuh biru dengan t-shirt Voir warna putih dengan tulisan biru, dan tudung bawal biru laut. Lantaklah. Tak lawa pun nak buat macam mana. Lama pulak makhluk Tuhan paling seksi ni tunggu aku. Nanti lagi macam-macamlah yang emak dan ayah nak korek cerita. Ish ish ish.

"You smells good." Reflek Ana memandang Adam dengan mata terbuntang dan badannya sudah menyandar ke pintu kereta.

"You cakap apa?!"

Adam ketawa. Matanya sedikit mengecil, anak matanya seperti bercahaya apabila dia ketawa. Oh my, what a beautiful view. Tak berkelip-kelip mata Ana melihat Adam yang sedang ketawa. Adam melirikkan mata memadang Ana. Snap! Terus sahaja menegakkan badannya memandang ke hadapan. Cis. Kenapa pandang aku?

"Enjoying the view, Ana?" Ana membeku di tempat duduknya. Kenapa aku rasa dia ni macam Mr. Grey dalam Fifty Shades?

"Where are we going? Exactly?" perlahan sahaja Ana bersuara, bertanya. Mana entah mamat ni bawa aku pergi.

"Sempadan?" Ana rasa seperti dicekik. Oh. I can play too, Mister.

"Kahwin?" Ana mengangkat keningnya sebelah. Ingat aku tak pandai buat kening Ziana Zain ke? Heh.

"Over my dead body Mister. Nak pergi Giant cakap je lah nak pergi Giant." Mendatar sahaja suaraku. 

"Nak pergi Giant pun kena ada teman ke?" perli ku lagi. Dia hanya tersengih sahaja.

Kenapalah aku kena teman pakcik PosLaju ni pergi Giant pulak? Ana menjulingkan matanya ke atas. Tanda protes terhadap Adam.

"Do not rolled your eyes on me, Ana." Ana terkejut. Ini betul-betul Mr. Grey!

"Kenapa pulak?" Berani je nak tanya. Adam takkan spank aku. Hahaha.

"You'll know later. Later baby. Later."

"Hmm. I'm shaking in my boots already Mister." Ana terus sahaja membuka pintu kereta apabila Adam mematikan enjin.

"So, we are here because?"

"Groceries." sambil berjalan, Ana berfikir-fikir kalau ada keperluan dapur di rumah yang sudah berkurangan. Sibuk sangat berfikir sampai Ana tak sedar yang Adam sebenarnya sedang memegang lengannya. Dan mereka membeli belah dalam keadaan yang tak berapa nak aman. Kenapa? Bergaduh.


1. lagu - Time to love (t-ara)
2. Fifty Shades - Grey/Darker/Freed (E. L James)

No comments: