Monday, June 18, 2012

Seven Kaler Pelangi 4


Zara mencapai sikat di atas meja solek. Laju sahaja dia membuka pintu bilik dan berlari ke bawah mencari emak. Hari minggu begini merupakan hari yang diisytiharkan sendiri olehnya sebagai hari-bermanja-dengan-emak.
Zara mendekati emak yang sedang menonton Melodi di ruang tamu. Dia tersengih memandang emaknya sambil menghulurkan sikat yang dipegang tadi.

“Dah besar panjang pun nak mak sikatkan rambut lagi.” Emak memang macam ni. Cakap je lebih, tapi tolong sikatkan jugak. Sebab ni sayang emak lebih!
“Kenapa dengan diorang tu mak?” soalku sambil memuncungkan mulut ke arah tv – tidak mempedulikan sindiran emak yang tadi.
“Biasalah Zara, nak bercerai tu. Kahwinnya tak sampai setahun tapi sibuk nak bercerai-berai. Sia-sia bayar mas kahwin sampai berpuluh-puluh ribu. Membazir. Masa kahwin tak ingat dunia. Nak buat grand-grand, konon standard artis, tapi akhirnya? Macam ni lah. Turun naik mahkamah.”  Amboi mak, panjang pulak ulasan dia.
“Hehe, mak boleh ganti abang Nara lah mak. Panjang betul ulasan mak.” Aku tertawa kecil sambil cuba mengelak cubitan emak.
“Kata nak pergi Nina bertunang? Dah tengah hari ni, tak bersiap pun?”
“Esoklah mak. Hari ni tak ada apa-apa. Nina pun tak kasi datang hari ni. Esok mak ikut ye? Tak nak drive sorang-sorang. Tak best.” Aduku sambil meletakkan kepala di riba mak.
“Anak mak ni dah besar dah. Kepala ni dah berat. Tak kesian mak ke?” aku hanya tersengih sambil memandang emak.
“Mak masak apa hari ni? Ke nak makan kat luar je? Malam tadi kata nak pergi Giant?”
“Lepas Zohor karang lah pergi Giant, kita makan kat sana. Mak ingat Zara nak masak hari ni, tapi anak dara ni entah buat apa dalam bilik tu. Tak telefon Fathi?” aku mengerutkan dahi.
“Buat apa Zara nak telefon dia? Bukan waktu kerja lah mak. Fathi tu pergi Kedah bukan buat kerja, dia melawat girlfriend dialah mak.”

Zara menyorong troli ke bahagian toilettries. Nak cari pad. Stok dekat rumah dah hampir kosong. Matanya tertancap pada bungkusan Laurier yang tersusun di hadapannya.
Alah, macam mana nak ambil ni? Tinggi sangat ni. Zara menjengketkan kaki sedikit untuk mencapai bungkusan tersebut. Berjaya! Heh aku ni tak adalah pendek sangat kan? Hehe. Zara berpusing sebelum tiba-tiba dia terlanggar seseorang di belakangnya.

“Oi mak kau pakai tumit tinggi.”  Zara dengar orang yang dilanggarnya itu tertawa kecil.
Sorry, tak sengaja.” Aku bersuara perlahan sambil mengukirkan senyuman.
“Eh tak apa. Saya pun salah jugak, lalu tak tengok kiri kanan.” Dia tersenyum. Aku mula melangkah apabila dia tiba-tiba sahaja mengeluarkan pertanyaan.
“Eh, akak ni kawan Along kan?” Zara mengerutkan dahinya. Along mana? A.L.O.N.G along? – rancangan along masa dia kecik-kecik dulu di TV 1.
“Err siapa ye?”
“Oh Akif Farhan. Lupa pulak, tak kanlah akak tahu nickname dia kan?” dia tertawa kecil. Memang suka tergelaklah dia ni. Akif Farhan. Dan memoriku mula bercantum menghasilkan wajah seorang Akif Farhan.
“Oh Encik Akif. Dia tu client tempat akak bekerja.” Ujarku. Bila masa aku jadi kawan dia?
“Ek? Tapi Along kata akak dengan di...” sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, mulutnya ditekup dari belakang. Aku mengangkat muka. Oh!
“Encik Akif.” Aku memaniskan muka.
“Apa Along ni! Sakitlah!”
“Diya ni diam tak boleh ke?” sempat lagi dia menjengilkan mata kepada adiknya sebelum melemparkan senyuman kepadaku.
“Cik Zara buat apa kat sini?” aku mengangkat tanganku.
“Beli ni.” Dan tiba-tiba aku tersedar. Aku memandang bungkusan di tanganku. LAURIER.

GILAAAAAA! Merah mukaku menahan malu.

p/s : enjoy!! =)
p/p/s : doing nothing is actually quite tired kan? haha

No comments: