Friday, June 22, 2012

Seven Kaler Pelangi 5


Nina membetulkan selendang yang menutupi kepalanya. Botol spray yang mengandungi air itu dihalakan ke arah rambutnya. Dia mengemaskan lagi kedudukan selendangnya.
Sepit hitam kecil dicapai dan di sepitkan lagi untuk mengukuhkan kedudukan selendang itu di kepalanya. Zara yang memerhati cuma menggelengkan kepala. Berapa banyak sepit nak letak??

“Apa Zara?” soal Nina apabila dia perasan Zara menggelengkan kepala ke arahnya.
“Kau lah.”
“Kenapa dengan aku?”
“Berapa banyak sepit kau nak letak?”
“Kenapa?”
“Dah macam Jaddoo aku tengok kepala kau. Penuh dengan sepit rambut.” Tawaku meletus.
“Jaddoo botaklah!” Nina memprotes.
“Alala yelah, kau tu dah cantik dah, janganlah letak banyak sangat sepit, macam stift pulak aku tengok selendang tu. Kan elok je kalau biar dia beralun.”

Zara mendekati Nina sambil mencabut sepit-sepit yang dirasakan tidak berfungsi. Apalah yang nak sangat banyak-banyak sepit ni? Tak cun lah. Dia mula membetulkan letak perhiasan rambut bewarna emas itu.
Hmm. Cantik. Memang dah jadi trend orang sekarang agaknya kala bertunang pakai cantik-cantik macam nak kahwin? Nina siap beli perhiasan kepala yang menjalar macam pokok tembikai. Tapi cantik juga. Zara tersenyum sendiri.

“Kau kenapa asyik sengih-sengih ni Zara?”
“Kenapa?”
“Kaulah.”
“Aku? So?”
“Makruh senyum sorang.”
“Habistu?”
“Kau nak masuk Tanjung Rambutan?”
“Tak, tu kan tempat kau?”
“Sipot kau Zara!” Zara tertawa mengekek, tahu Nina sudah hangin dengannya yang memang suka menjawab itu.
“Ok tak ni?” Zara memegang bahu Nina sambil menghadapkannya ke arah cermin solek. Nina tersengih dan mengangguk.
“Cun!”
“Eleh puji diri sendiri.”
“Sekali-sekala apa salahnya.”

Nina dan Zara sedang berlawan kata apabila cik Hanim – ibu Nina – masuk ke dalam bilik. Cik Hanim tersenyum.

“Dah siap Nina? Zara?” lembut sahaja suara cik Hanim.
“Gaya cik Hanim tanya macamlah Zara nak bertunang sekali.” Aku menggumam perlahan.
“Apa salahnya Zara. Bertunang sekali dengan Nina, masing-masing dah besar, kalau kahwin dah boleh ada anak dua.” Ni yang tak suka ni. Sikit-sikit ungkit pasal kahwin. Balik-balik kena batang hidung aku.
“Nak bawa Nina keluar sekarang ke cik?” Zara cuba mengalih perhatian.
“Haah, dah sampai dah pihak lelakinya.”

Kenapa ya aku rasa macam kenal je dengan lelaki yang pakai kemeja putih tu? Pernah tengok di mana-mana ke? Tapi rasanya kawan-kawan lelaki aku yang pakai spectacles tak ramai. Fathi, err siapa lagi ya?
Kalau budak office tak kan lah aku tak cam pulak. Siapa eh dia ni? Zara terus memandang ke arah lelaki itu. Rasanya dia macam pernah nampak. Ke sebenarnya lelaki tu tak pakai spek?

Ken tersenyum sendiri. Tahu bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Zara. Tapi kenapa penuh kerutan di dahi gadis itu?
Oh mungkin sebab dia mengenakan kaca mata hari ini. Selalunya dia tidak memakai kaca mata itu apabila berurusan di luar pejabat. Ken menuntaskan pandangannya pada Zara.

Oh Gosh! Tu kan Akif! Zara terus berpusing dan masuk ke dalam rumah apabila dia pasti itu Akif. Itupun selepas Akif berpaling kepala ke arahnya. Hish, kenapalah mana-mana aku pergi ada sahaja mamat tu? Banana Leaf la, Giant, ni kenduri rumah orang pun nak ada jugak? Tak selesa aku. Nak buat perangai gila pun terbatas. Teringat hari itu.

“Cik Zara buat apa kat sini?” aku mengangkat tanganku.
“Beli ni.” Dan tiba-tiba aku tersedar. Aku memandang bungkusan di tanganku. LAURIER. Akif membeliakkan mata. Dia sendiri terkejut dengan tindakan spontan Zara yang mengangkat bungkusan warna pink itu di hadapannya.
“Oh.” Itu sahaja yang Akif mampu ucapkan.
“Err Diya, Encik Akif. I gerak dululah.” Zara pantas berlalu. Malu rasanya buat perangai depan client syarikat. Heh dia pun satu, dah aku dekat situ takkan aku tengah carik sayur bayam? Mestilah nak carik pad. Hisy. Buat malu aku je.

Aku menyandar di pintu bilik Nina. Kelihatannya dia sedang bergambar dengan keluarga bakal mentuanya. Hujung tahun ni, Nina pula yang naik pelamin. Dah tak ada geng lah aku nanti.
Selalunya bila orang tanya bila nak kahwin, aku boleh jadikan Nina sebagai alasan. Nina lebih tua dari aku, jadi aku tak boleh langkah bendul, walau hakikatnya kami hanya berbeza mungkin dua bulan lebih sahaja.

“Zara! Jom ambil gambar sekali.” 

p/s : still, busy doing nothing. hihi

No comments: