Monday, July 9, 2012

A.H Tailor Cinta 4


"Haritu ada tak kawan mak datang?"
"Kawan mak? Ohhh yang naik Fiesta hitam tu kan? Ada ada ada." Laju saja Ana menganggukkan kepalanya. Kawan mak dengan anaknya yang gila handsome tu.
"Ana ambil tak baju dia?"
"Ambil la. Siapa nama dia ek mak?"
"Eh dia ni, takkan la Ana tak tanya nama dia siapa? "
"Tak tanya pun. Hehe."
"Mariah."
"Ohhhh."
Ana tersengih. Acik Mariah. Si Adam PosLaju. Heheheh.
"Dah kenapa tersengih-sengih ni?" Ana menggelengkan kepala. Tangannya masih lagi sibuk memutar bahan-bahan untuk membuat kek coklat. Haih. Kenapalah boleh rosak pulak mixer stand tu. Buat penat tangan aku je.
"Mak. Handsome kan anak cik Mariah tu?" Emak mengerutkan dahi.
"Anak dia? Adam tu?"
"Ohh kira mak dah tahu la siapa anak dia ek?"
"Eh apa pulak tak tahu. Adam tu lah satu-satunya anak dia. Memang handsome pun. Ha kenapa? Dah suka pulak? Si Yusof tu nak campak mana?"

Yusof.

Hmm. Entah kemana sebenarnya Yusof tu, aku pun tak tahu. Rasanya sudah sebulan, atau mungkin sudah lebih dari itu dia tidak menghubungiku. Entah mana dia menghilangkan diri. Yusof itu baik orangnya. Sangat baik. Ana Humaira ini pun sebenarnya terpaut pada kebaikannya sejak di zaman persekolahan lagi. Tapi masa tu, diam-diamkan sahajalah. Pandang-pandang jeling-jeling je bak kata Dato' Siti. Tak sangka pula sebenarnya Yusof tu suka juga pada Ana Humaira yang kecoh ni.

Yusof tu orangnya sangat senyap. Sampai kadang-kadang terpaksa memaksa dia untuk bercakap. Yusof tu, kalau Ana sedang bad mood, dia tadahkan sahaja telinganya mendengar bebelan Ana. Apa sahaja tentang Ana, dia sanggup semuanya.

"Haih."
"Kenapa mengeluh ni?" Pertanyaan emak mematikan lamunan Ana mengenai sang kekasih-cerahku (sebab Yusof tu sangat cerah kulitnya).
"Tak ada apalah mak." Meleweh sahaja jawapan Ana.
"Yusof sihat? Dah lama tak datang sini."
"Sihatlah kot." Emak hanya diam. Aku tahu, mak mesti tahu tentangku dengan Yusof. Dah terlalu lama kami tidak keluar bersama, pasti emak dapat menghidu sesuatu.
"Senang-senangkan mak, mak carikan je lah suami untuk Ana." Perlahan sahaja suaraku menuturkan.
"Ana tu, sah-sahlah banyak sangat baca novel. Kena tinggal aje, sibuk nak suruh mak carikan suami. Jangan menyesal kalau tiba-tiba mak suruh Ana kahwin dengan pilihan mak ayah."
"Heheheh" Ana tersengih. Rasanya, emak bergurau je kot.

-       Haila haila haila. Where are you exactly la mr boyfie?-

Yusof membaca mesej yang tertera di skrin Samsung itu.
Mengeluh.
Ana. Awak perlu belajar untuk hidup tanpa saya. Saya takkan selamanya dapat bersama dengan awak.

-       Saya ada je ni sayang. Kenapa?-
-diam sangat-
-saya kan bekerja-
-yelah, tahulah saya tak berkerja-
-Ana.-
-tahu tahu tahu.tapi kenapa tak call tak text diam macam awak langsung tak kisahkan saya?-
-pernah ke selama ni Yusof tak kisahkan Ana?-
-malas la nak cakap!-
-merajuklah tu. Yelah sayang. Esok saya datang rumah ok? ;p-

Ana tertawa geli hati. Yusof tu memangla Yusof yang Ana kenal 7 tahun dulu. Masih mementingkan Ana dari segala hal. Sebab itulah Ana sayang sangat dengan Yusof.

Ana merebahkan kepalanya ke bantal dengan hati yang senang. Yusof. Ana sangat sayangkan awak! Cepatlah esok. Ana rindu sangat! Ana terlelap dengan senyuman yang masih menghiasi bibirnya.

Yusof meletakkan Samsung itu di atas dadanya. Tersenyum perit. Ana. Yusof sangat sayangkan Ana. Tapi sayang, macam mana pun Yusof sayangkan Ana, macam mana hebat pun Yusof cintakan Ana, rindukan Ana, Ana tetap kena belajar untuk hidup sendiri. Tak selamanya Yusof akan ada untuk Ana. Not in another year Ana.

No comments: