Aliff menghirup
nescafe panas di hadapannya. Dia mengerling seketika pada jam di tangan
kirinya. 11.05 malam. Dan dia rasa dah hampir 40 minit mereka berada di maple ini, tapi Ken langsung tak buka
mulut. Hanya merenung kosong ke hadapan.
Ada masalah
negara ke member aku ni? Aliff mengetuk meja dua kali. Sengaja ingin menarik
perhatian Ken. Dan dia berjaya. Ken mengangkat kening bertanya.
“Kau nak cerita
apa?” Straight forward. Malas nak
bengkang bengkok. Bukannya Ken faham.
“Hmm aku pun tak
tahu.” Mangkuk.
“So, kau ingat
tak kau hutang a story dengan aku?
‘Minah-fail-kertas-kerja’?” Ken menganggukkan kepalanya.
“Itulah dia.
Nama dia Zara.”
“Tu aku tau. Kan
dah bagitahu dua tahun lepas.”
“Yeke?” Sengaja
Ken bertanya.
“Iye mangkuk.
Sejak bila kau ada short term memory?”
“Sejak aku jumpa
dia.”
“Kau gila.”
“Tak. Aku cuma
nak berkawan dengan dia, tapi dia macam mengelak.”
Ahah. Aliff tersengih. Dah jumpa problem’s root member dia ni.
“So that’s the problem?”
“Mungkin.”
“Kenapa kau rasa
macam tu?”
“Let say, aku jumpa dia dekat restoran, she didn’t want me to join them. And nasib baik masa tu aku dengan Diya. So tak adalah aku kena makan sorang. Then, setiap kali aku nampak dia, mesti
dia macam melarikan diri.”
“Whoa. Setiap kali? Maknanya dah banyak
kali lah?” Ken menganggukkan kepalanya. Aliff mengerutkan dahi. Malas nak
tanya. Kejap lagi bukaklah mulut Ken tu.
“Kereta dia
pernah berhenti sebelah kereta aku masa jammed
lepas office hour. Aku pernah jumpa
dia dekat kenduri bertunang jiran aku. Sebelum tu pernah jumpa dekat Giant.” Ken tergelak kecil. Ingatannya
segera teringat pada insiden di Giant. Akak Laurier.
“Dah tu kau tak
pernah nak approach dia?”
“Nope. Sebab when we met for the first time, aku sebenarnya berurusan dengan
syarikat tempat dia bekerja. Dan aku tak rasa breaking the professional code tu satu option yang menarik.” Aliff menepuk dahinya. Kuat. Sehingga orang
di kiri kanan meja mereka menoleh ke arahnya.
“Apalah kau ni
bengap sangat Ken?”
“Aku pulak?
Pehal?”
“Professional code tu masa berurusan atas
nama office dah la. After thatkan korang boleh berkawan
macam biasa?”
“Entahlah.” Ken
mengangkat bahu. Aliff menggelengkan kepalanya. Memang tak pandai masuk jarum
dia ni.
“Kau suka dia?”
Ken tersedak. Tersedak sehingga membuatkan matanya merah menahan pedih.
“Apa kau
cakap??”
“Kau suka dia?”
“What the?? Hisy. Aku kenal dia pun
tidak.” Nada suaranya kembali tidak berperasaan.
“Oke, kau suka
dia. Aku dah dapat jawapan.”
“Hipotesis kau
tak boleh digunakan. Tiada kesahihan.”
“Yeah. Kau tersedak. Tu tandanya kau suka
dia.”
“Look. Aku tersedak sebab aku terperanjat
dengan soalan luar alam kau tu.”
“Kau suka dia.
Sebab kau beria nak kenal dengan dia. Sedangkan sebelum ni, perempuan yang
terhegeh nak kat kau. Sekarang, kau pulak terhegeh nak dia.”
“Kau dah pandai
buat hipotesis bukan-bukan macam adik aku.”
“Hipotesis aku
berdasarkan pemerhatian yang bukan sekejap. Mungkin dah 7 tahun.”
“Still tak dapat membuktikan kau benar.”
“We’ll see.” Ken terdiam. We’ll see? Apa yang nak ditengok? Haih.
Ken mengeluh.
Kenapa Aliff dan Diya suka sangat buat hipotesis yang bukan-bukan? Dan sejak
bila pulak aku suka dengan Zara – pemilik fail kertas kerja warna pink tu? Crap. Aku cuma nak kenal dia je. Mungkin sebab aku nak tanya dia,
dia ingat tak aku. Ingat tak budak McD yang dia ikut sampai ke rumah sewanya
untuk ambil fail pink miliknya?
Ken mengeluarkan gelang tangan silver yang ada satu loceng kecil di
tepinya. Milik Zara. Tertanggal semasa gadis itu sedang tergesa-gesa masuk
kereta. Mungkin ikatannya longgar dan menyebabkan gelang itu putus. Tapi belum
sempat dia menegur, Zara sudah pun memecut keretanya pergi dari perkarangan
rumah sewanya.
Laju betul perempuan tu bawa kereta. Dan
selepas itu, dia langsung tidak berjumpa Zara lagi. Lagipun dia hanya bekerja
sambilan di McD itu, masa itu.
“Mak, lepas ni
Fathi pula nak bertunang.” Emak menoleh memandangku.
“Iye? Dengan
siapa?”
“Ekin. Girlfriend dia masa sekolah-sekolah
dulu.”
“Lamanya
bercinta.”
“Dah sampai
jodoh.”
“Zara pula
bila?”
“Zara tunggu
seorang lelaki bawakan pelangi untuk Zara.”
“Sampai tua tak
bertemanlah Zara.”
“Tak apa, mak
kan ada.” Aku terus memeluk emak.
“Mak pun entah
berapa lama lagi nak hidup Zara.” Aku diam. Tak suka kalau mak cakap pasal ni.
Entahlah, biarlah jelah. Hani sepupu aku tu pun kahwin lambat. Dah 29 baru nak
kahwin. Aku baru 26. Ada tiga tahun lagi. Lek aa kan?
“Angah dengan
Along tak balik ke mak hujung minggu ni?”
“Tak kot. Angah
dengan Zana ada kerja luar. Along dengan Nur nak balik Johor.” Aku
menganggukkan kepala.
Bila dah kahwin, keluarga mentua
pun harus masuk dalam list keutamaan.
Bila dah kahwin, tak bolehlah asyik
nak berkepit dengan mak.
Bila dah kahwin, keperluan rumah
semuanya kena sediakan sendiri.
Bila dah kahwin, kena utamakan
suami.
Bila dah kahwin, tak boleh nak
manja-manja dengan mak sangat.
Bila dah kahwin, tanggungjawab
semakin besar.
Bila dah kahwin, hidup kita akan turn 360° dari yang ada masa zaman
bujang ni.
Kahwin, it’s life turning point.
Semuanya akan berubah. Dan aku tak
rasa aku bersedia.
Ken disana.
29 tahun tak adalah tua sangat kan?
Tahun depan aku kahwinlah. Ahh tak payah fikir lagi.
Tidur lagi bagus.
Zzzzzzzz.
No comments:
Post a Comment