Thursday, June 28, 2012

A.H - Tailor Cinta 2


Kalau bukan sebab kak Hanis yang mintak tolong aku hantarkan barang-barang ni, mesti sekarang ni aku tengah sedap membeli-belah dengan Faizah. Ini tidak,aku pulak yang kena pick-up Faizah dekat KTM. Nasib baik aku memang nak pergi sana sebab nak hantar kak Mira. Mulutku dibentuk-bentukkan,tanda tak puas hati.

"Dah tak payah nak buat mulut Ana. Tak puas hatilah tu tak boleh shopping".

"Memanglah kak, gila tak aci Faizah shopping sensorang".

"Tak apalah dear,bukan selalu tolong kakak ipar,kan?"

"Bakal laaaaaaa".

"Iyelah,kak Mira mendoakan je. Taknak ke?"

"Eh. Nak laaaaa!"

"Gatal."

Pecah tawa kami berdua dalam Persona yang tak berapa besar tu.

Ana menarik handbreak apabila keretanya sampai di hadapan depan pintu KTM Senawang. Kelihatan Faizah sedang berjalan kearahnya sambil tersengih. Hamboi. Kemain banyak lagi barang dia. Tak padan dengan naik KTM.

"Kak Mira gerak dululah Ana. Faizah pun dah sampai kan?"

"Oh ok. Nanti nak balik telefon tau. Ana ambil kak Mira kat sini." Ana menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan kak Mira.
"Hoi makcik! Kemain banyak lagikan kau shopping? Tak ci. Aku merajuk. Kau balik jalan kaki!" Ana melaung kepada Faizah yang sedang berjalan. Faizah dan kak Mira melepaskan tawa.

"Dia merajuk tu Faizah." Ujar kak Mira.

"Akak ni,mana ada Ana merajuk." Mereka ketawa serentak.

"Oklah, kak Mira gerak dulu. Assalamualaikum." Ana dan Faizah melambai pada kak Mira yang sedang menaiki tangga untuk ke kaunter tiket.

"Dah jom.Tak payah buat muka cencorot basi kau. Tak comel pon."

"Sipot kau Faizah!" Kami melambakkan tawa.

"Jom aku belanja IceRoom nak?"

"Ala,aku taknak la. Nak pergi Penang Street."

"Mengada. Dah jom." Ana melompat sedikit apabila mendengar persetujuan daripada Faizah. Yeay, Penang Street Penang Street! :)

Faizah tersenyum melihat Ana yang khusyuk mencari udang dalam mangkuk mee karinya. Padahal kalau nak diikutkan bila tak nampak dah kelibat udang tu,tak perlu dicari pon tak apa. Memang sah tak ada. Faizah menoleh ke kanan apabila terasa seperti ada yang sedang memerhati. Dia mengerutkan dahi. Pehal nak pandang Ana macam pandang pontianak??




"Ana,kau ada cari pasal dengan siapa-siapa ke harini?"

Ana mengangkat kepala sambil mengerdipkan matanya. Ini memang sindrom baru Ana. Suka buat aksi konon-comel-Victoria macam dalam siri We Got Married-Khuntoria. Tapi Ana memang comel. Sebab pipinya memerah semulajadi. Macam namanya. Ana Humaira.

"Tak adalah. Kenapa kau cakap macam tu? Ada orang datang nak belasah aku ke?"

"Look to your left." Pantas Ana memusingkan kepalanya. Ohmaimaimai! Pantas Ana memalingkan semula kepalanya melihat Faizah yang sedang menyedut ice lemon tea.

"Siapa tu?" Faizah memang macam ni. She acts like she is my older sister. Very protective.

"Entah. Aku pun tak tahu."

"You know I know when you lied kan?" Ini juga satu kelebihan Faizah. Tak kisahla betapa kecilnya penipuan si Ana,pasti dia tahu saat itu juga.

"Ala aku jumpa dia dekat PosLaju tadi."

"And?"

"Entah. He kept looking at me macam aku curi something dari dia." Ana meneruskan pencarian udang dalam mangkuk mee nya. Faizah memandang kepada lelaki itu. Mengangkat keningnya. Lelaki itu hanya menggelang dan tersenyum sebelum meneruskan perbualan dengan lelaki di depannya.

"Haih."  Ana mengeluh sambil menyandarkan badannya pada kerusi. Dah bosan sebab memang dah tak ada udang dalam mangkuk tu. Teh o ais disedut sehingga habis. Cepat Ana menadah tangan membaca doa selepas makan. Oh. Ini memang habit si Ana budak tak matang. Sejak dari sekolah lagi dah terbiasa baca doa lepas makan dengan bersungguh. Padahal boleh je baca macam orang normal. Tapi si Ana yang berusia 27 tahun ni memang macam budak kecil.

"Dah?" Soal Faizah. Ana menganggukkan kepala.

"Jom." Faizah ke kaunter manakala Ana sibuk mengumpul barangnya di atas meja makan. Apabila dia bangun, lelaki tadi memandangnya. Tapi tak tersenyum. Macam pandang dengan dingin. Ana menganggukkan kepalanya sedikit sebelum melangkah keluar. Ee entah apa-apalah dia tu. Tengok orang macam tak tak pernah tengok perempuan. Ke dia tengok perempuan macam tengok lelaki? Eh apa-apa jelah. Malas nak fikir.

       Ana kerjanya duduk rumah sebab belum ada tawaran bekerja yang diterima. Mujur sahaja Ana pandai menjahit. Jadi adalah sikit-sikit terima tempahan buat baju kurung. Itupun terhad je sebab takut tak sempat. Lagipun Ana ada jugak buat bisnes online. Boleh la jugak nak tampung kehidupan dia. Segan jugak bila duduk rumah dengan mak ayah tapi tak hulur apa-apa. Bukan taknak cari kerja, tapi semuanya ditolak mentah-mentah. Tak apalah, ok saja sebenarnya bekerja sendiri ni. Flexible hour. Haha.

"Ana. Tadi Along telefon. Nak tanya tahun ni boleh tak Ana jahitkan famili dia punya baju raya?."

"Aaa. Cakap ngn Along hantar kain cepat. Ana buat untuk abang Lang sekali, takut tak terbuat pula."

"Ana telefon la Along." Ana memuncung. Malas nak telefon. Misscall je la. Hehehe.

Haaa inilah masalahnya kalau aku saja yang belum kahwin dan aku saja yang tak bekerja. Along senang saja guna alasan tu suruh aku datang rumah dia nak ambil kain. Itulah itulah. Aku yang jahit, aku yang kena ambil kain. Apalah nasib.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar rumah Along. Ana melangkah kearah pintu pagar rumah Alongnya. Hmm memang tak ada sesiapa sebenarnya dalam rumah ni. Along dan kak Long bekerja. Anak-anaknya di hantar ke sibuk bersekolah. Jadi memang agak bergeliga la abang aku ni kan sebab gantung plastik kain ela dekat pagar rumah. Lepas tu yang tak berapa nak tinggi terpaksalah terjengket-jengketkan nak ambil plastik tu. Haiyoooo.

“Kenapa tu Ana?” Ana memusingkan badannya. Oh. Abang Iwan rupanya. Abang Iwan ni jiran Along. Duduk depan rumah Along. Handsome! Dan tak available! Sebab aku dah cop dulu. Hihii.
“Abang Iwan. Ni ha, Along tinggalkan kain ela dekat pagar, Ana tak sampai nak ambil.” Ana tersengih-sengih memandang abang Iwan. Iwan tersenyum, lalu menapak ke hadapan dan mengambil plastik itu dengan mudah. Ok, abang Iwan sangat tinggi. Kalau bercakap dengan dia terpaksa mendongak lebih-lebih sebab ketinggian dia dah serupa zirafah.

“Nah. Kecik sangat Ana ni.” Iwan tersenyum lagi.

“Terima kasih abang Iwan!” Ana tersengih senang. Tak payahla dia susah-susah nak memanjat tembok rumah Along.

“Along tempah baju raya dengan Ana ke?” Laju sahaja Ana menganggukkan kepalanya. Kalau abang Iwan nak tempah dengan Ana pun boleh. Cisss gatal ya kau Ana Humaira!

“Abang nak tempah baju Melayu dengan Ana boleh tak? Ke dah tak ambil tempahan lagi?”

“Er, eh tak adalah abang Iwan. Ana boleh ambil lagi. Kalau abang Iwan nak bagi kain sekarang pun boleh. Eh, tapi Ana tak bawa tape.” Adoila Ana, elok-elok ada kereta sendiri nak juga usung kereta ayah. Red code situation macam ni kan dah payah. Sebabnya dalam kereta Ana boleh tahan penuh juga dengan alatan menjahit.

“Tak apalah, abang kasi Ana baju abang yang dah siap jahit boleh?”

“Boleh boleh.” Ana tersenyum senang. Yeay dapat baju abang Iwan!!! Nak kena bagitahu dengan Faizah dan kak Mira ni! J


p/s : ditulis dalam kelas sebab sedang bosan dan tak ada kawan nak dilayan borak sebab semua sibuk tengok next great baker + ada yang pergi derma darah. =)


No comments: