Friday, September 28, 2012

A.H Tailor Cinta 5

"...and everytime it feels like we're gonna make it, that's when it falls apart."


3 tahun kemudian.


            Ana meletakkan semula Yassin di atas meja bersebelahan dengan Al-Quran yang diberi oleh Allahyarham Yusof. Hari ini, sudah masuk tahun ketiga Yusof meninggalkan Ana, sudah masuk tahun ketiga Yusof meninggalkan keluarganya tercinta, sudah masuk tahun ketiga, dan Ana masih lagi merindui jejaka itu. Yang pernah menjadi tulang belakangnya dalam apa jua keadaan, yang meminjamkan bahunya apabila Ana menangisi hidupnya, yang memberi kata-kata semangat apabila Ana merasakan hidup ini tidak adil padanya. Yusof itulah, yang Ana rindukan saat ini.

"Ana, mak dengan ayah nak keluar sekejap. Ana nak kirim apa-apa?"

Ana menggelengkan kepalanya. 

"Tak apalah mak. Ana nak keluar jugak sekejap lagi."

"Keluar dengan siapa? Nak ke mana?"

"Dengan siapa lagi mak, dengan Faizah lah." Ana melipat telekungnya sambil melemparkan senyuman.

"Apa-apa hal telefon mak ye." Ana menganggukkan kepalanya. Sejak Yusof pergi, semua orang memang menjadi terlebih caring padanya.

        Ana melepaskan keluhan. pemergian Yusof tiga tahun dulu sangat-sangat mengejutkannya. Terasa seolah-olah Tuhan sedang menghukumnya dengan menarik Yusof pergi daripadanya. Mujur emaknya Yusof menasihatinya Ana supaya melepaskan pemergian Yusof. Yusof, semoga awak tenang di sana.


                BlackBerry di capai dan laju sahaja tangannya mendail nombor telefon Faizah. Hujung minggu begini memang dia dan Faizah akan merayap ke Kuala Lumpur kalau tiada apa-apa. Kalau tak membeli belah pun, mereka ke sana sekadar mencuci mata.

"Hello babe!"

"Ha, jadi tak?" terus sahaja Ana bertanya.

"Tak bolehlah. Mak aku kata ada kenduri dekat Pilah."

"Oh yeke. Takpelah, aku pergi sorang-sorang."

"Eh babe! Kau jangan nak buat hal. Kau ikut aku je lah pergi Pilah. Nak?"

"Mana nak campak aku? Adik-adik kau lagi?"

"Mana. Adik-adik tak ikut. Siaplah. Pakai lawa-lawa sikit. Mana tahu sangkut jodoh."

"Cis!" 


Selepas meletakkan telefon, Ana membuka almarinya. Hmm baju apa nak pakai ni? Rasanya macam dah lama tak melawa. Baju kurung moden bewarna biru tua ditarik dari dalam almari. suis iron dihidupkan dan dia mula menggosok baju kurungnya. 


"Yusof, Ana bukan tak sedih Yusof tak ada disini. Ana tahu, walau macam mana pun Ana sedih, tetap tak dapat mengembalikan Yusof pada Ana kan? Ana harap, Yusof bahagia disana, dan Ana harap, Yusof doakan yang baik-baik untuk Ana. Ana sayang Yusof." 

                         Bunyi hon kereta membuatkan Ana terkocoh-kocoh keluar dari dalam rumah. Sempat di sambar kunci rumah di dinding. Selepas mengunci pintu dan pintu pagar, Ana membuka pintu depan kereta milik Faizah.

"Cik!" Ana menegur ibu bapa Faizah yang memang sudah sedia duduk di belakang.

"Ana sihat?" Ana hanya menganggukkan kepalanya. Sedia maklum dengan soalan itu sejak pemergian Yusof. Semua orang tahu bagaimana murungnya Ana waktu itu. Setahun. Setahun lamanya untuk Ana menerima bahawasanya Yusof telah pergi meninggalkannya. Setahun juga Ana mengalami kemurungan yang teruk. Mujur Ana tidak bekerja, dan mujur juga Ana masih punya emak dan ayah untuk menjaganya. Mujur juga, Allah masih sayangkan Ana, dan mengembalikan semula semangat Ana yang hilang, biarpun ia mengambil masa setahun lamanya.

"Babe. Apasal aku tengok kau lawa semacam hari ni?" spontan Ana menilik wajahnya di cermin.

"Eh. Mana adalah. Biasa je aku tengok." Ana menjeling Faizah yang sedang memandu. Faizah tersenyum.

"Dah tiga tahun aku tak tengok kau pakai mekap macam ni." Ana tersenyum. Ya. Dan dia tahu, mourning won't make him come back to her.

"Aku cantikkan?" Faizah menjelirkan lidah.

"Mula dah keperasantanan kau tu."

"Oh thank you. I know you're agree with me. Don't cha darling?"

"In your dreams dear. In your dreams."

                 
                                  Ana sedang bermain Ninja Fruit di tab-nya apabila tiba-tiba dia rasa ada seseorang duduk di hadapannya.

"Kata nak masuk? Awatnya hang cepat sangat keluaq?" yakin sahaja bahawa di hadapannya kini adalah Faizah.

"Bila I kata I nak masuk?" terus sahaja Ana mengangkat mukanya dari skrin Tab-nya. Omaigosh.

"Dah. Tutup mulut tu. Apa yang terkejut sangat tengok I?"

"You.."

"Yes, me."

"Buat apa dekat sini?"

"La, datang makan nasi minyak la. Takkan I datang jadi tukang masak pula?" dia tertawa kecil. Eh, handsomenya! Hamboih Ana. Sempat tilik muka orang pulak.

"Ehm..eh. Dah kalah?! Ni semua you punya pasal. Tengok I dah kalah main Fruit Ninja. Hisy. Kacau orang je."

"Fruit Ninja tu bila-bila boleh main lah. I ni lagi penting tau tak?"

"Apahal you lagi penting pulak?" Laju sahaja jemari Ana menekan button replay di skrin Tab-nya. Sibuklah pakcik PosLaju ni. Tak boleh tengok aku bahagia main game agaknya.

"Mestilah I lagi penting. Tiga tahun sekali je you boleh jumpa I tahu?"

"Tiga tahun?"

"Yelah, last time we met at your house. Lupa?"

Ana menganggukkan kepalanya. Betullah tiga tahun. Si pakcik PosLaju dan acik Mariah emaknya-yang-sangat-sweet datang rumah sebab nak tempah baju. Takkan lah Ana lupa. Kan pertama kali jumpa dekat PosLaju. Kan?

"Ha ingat ingat. Tak payah susah-susah pakcik ingatkan saya." Adam tergelak kecil. Tak sangka jugak terjumpa budak kecik ni dekat sini.

"You kenal ke tuan rumah ni?"

"Tak pun. I ikut member I datang sini."

"Dia tu ke?" Ana mengangkat kepala. Matanya menangkat kelibat Faizah dengan kerutan dahi, mungkin memikirkan siapa yang sedang duduk di hadapan Ana ketika ini.

"Ha dia tu lah. Tak ingat ke masa I makan dekat Penang Street?"

"Oh dia tu ke?" Adam mengangguk anggukkan kepalaya. Tak ingat sebenarnya. Tapi terpaksa buat-buat ingat. Hehe.

"Babe." Faizah mengangkat kening kepada Ana apabila Ana memandangnya.

"Faizah, ni Adam. Adam, ni Faizah." terus sahaja Ana memperkenalkan mereka.

"Hey." Adam mengukir senyuman kepada Faizah. Faizah menganggukkan kepalanya sedikit. Memang minah macam ni. Susah sikit nak percaya lelaki.

"Nanti aku cerita. Nak balik dah ke?"

"Haah. Ibu aku ajak balik. Jom?" Faizah terus sahaja melangkah pergi. Angkuh budak ni. Bisik Adam dalam hati.

"I balik dulu okay? Bye." Pantas Ana menyimpan Tab di dalam handbagnya sebelum melangkah laju ke arah Faizah. Eh laju pulak minah ni jalan.

Adam hanya memerhatikan langkah Ana, sehinggalah kereta yang dinaiki Ana menghilang dari pandangannya.

Ana. Ana. Ana.

Adam melepaskan keluhan.


p/s : when you feel like everything didn't go right, turn to Allah. InsyaAllah, He'll ease everything for you. Kuatkan hati.

Tuesday, September 25, 2012

Seven Kaler Pelangi 9


Aliff menghirup nescafe panas di hadapannya. Dia mengerling seketika pada jam di tangan kirinya. 11.05 malam. Dan dia rasa dah hampir 40 minit mereka berada di maple ini, tapi Ken langsung tak buka mulut. Hanya merenung kosong ke hadapan.
Ada masalah negara ke member aku ni? Aliff mengetuk meja dua kali. Sengaja ingin menarik perhatian Ken. Dan dia berjaya. Ken mengangkat kening bertanya.

“Kau nak cerita apa?” Straight forward. Malas nak bengkang bengkok. Bukannya Ken faham.
“Hmm aku pun tak tahu.” Mangkuk.
“So, kau ingat tak kau hutang a story dengan aku? ‘Minah-fail-kertas-kerja’?” Ken menganggukkan kepalanya.
“Itulah dia. Nama dia Zara.”
“Tu aku tau. Kan dah bagitahu dua tahun lepas.”
“Yeke?” Sengaja Ken bertanya.
“Iye mangkuk. Sejak bila kau ada short term memory?”
“Sejak aku jumpa dia.”
“Kau gila.”
“Tak. Aku cuma nak berkawan dengan dia, tapi dia macam mengelak.”
Ahah. Aliff tersengih. Dah jumpa problem’s root member dia ni.
So that’s the problem?”
“Mungkin.”
“Kenapa kau rasa macam tu?”
Let say, aku jumpa dia dekat restoran, she didn’t want me to join them. And nasib baik masa tu aku dengan Diya. So tak adalah aku kena makan sorang. Then, setiap kali aku nampak dia, mesti dia macam melarikan diri.”
Whoa. Setiap kali? Maknanya dah banyak kali lah?” Ken menganggukkan kepalanya. Aliff mengerutkan dahi. Malas nak tanya. Kejap lagi bukaklah mulut Ken tu.
“Kereta dia pernah berhenti sebelah kereta aku masa jammed lepas office hour. Aku pernah jumpa dia dekat kenduri bertunang jiran aku. Sebelum tu pernah jumpa dekat Giant.” Ken tergelak kecil. Ingatannya segera teringat pada insiden di Giant. Akak Laurier.
“Dah tu kau tak pernah nak approach dia?”
Nope. Sebab when we met for the first time, aku sebenarnya berurusan dengan syarikat tempat dia bekerja. Dan aku tak rasa breaking the professional code tu satu option yang menarik.” Aliff menepuk dahinya. Kuat. Sehingga orang di kiri kanan meja mereka menoleh ke arahnya.
“Apalah kau ni bengap sangat Ken?”
“Aku pulak? Pehal?”
Professional code tu masa berurusan atas nama office dah la. After thatkan korang boleh berkawan macam biasa?”
“Entahlah.” Ken mengangkat bahu. Aliff menggelengkan kepalanya. Memang tak pandai masuk jarum dia ni.
“Kau suka dia?” Ken tersedak. Tersedak sehingga membuatkan matanya merah menahan pedih.
“Apa kau cakap??”
“Kau suka dia?”
What the?? Hisy. Aku kenal dia pun tidak.” Nada suaranya kembali tidak berperasaan.
“Oke, kau suka dia. Aku dah dapat jawapan.”
“Hipotesis kau tak boleh digunakan. Tiada kesahihan.”
Yeah. Kau tersedak. Tu tandanya kau suka dia.”
Look. Aku tersedak sebab aku terperanjat dengan soalan luar alam kau tu.”
“Kau suka dia. Sebab kau beria nak kenal dengan dia. Sedangkan sebelum ni, perempuan yang terhegeh nak kat kau. Sekarang, kau pulak terhegeh nak dia.”
“Kau dah pandai buat hipotesis bukan-bukan macam adik aku.”
“Hipotesis aku berdasarkan pemerhatian yang bukan sekejap. Mungkin dah 7 tahun.”
Still tak dapat membuktikan kau benar.”
We’ll see.” Ken terdiam. We’ll see? Apa yang nak ditengok? Haih.

Ken mengeluh. Kenapa Aliff dan Diya suka sangat buat hipotesis yang bukan-bukan? Dan sejak bila pulak aku suka dengan Zara – pemilik fail kertas kerja warna pink tu? Crap. Aku cuma nak kenal dia je. Mungkin sebab aku nak tanya dia, dia ingat tak aku. Ingat tak budak McD yang dia ikut sampai ke rumah sewanya untuk ambil fail pink miliknya?
 Ken mengeluarkan gelang tangan silver yang ada satu loceng kecil di tepinya. Milik Zara. Tertanggal semasa gadis itu sedang tergesa-gesa masuk kereta. Mungkin ikatannya longgar dan menyebabkan gelang itu putus. Tapi belum sempat dia menegur, Zara sudah pun memecut keretanya pergi dari perkarangan rumah sewanya.
 Laju betul perempuan tu bawa kereta. Dan selepas itu, dia langsung tidak berjumpa Zara lagi. Lagipun dia hanya bekerja sambilan di McD itu, masa itu.




“Mak, lepas ni Fathi pula nak bertunang.” Emak menoleh memandangku.
“Iye? Dengan siapa?”
“Ekin. Girlfriend dia masa sekolah-sekolah dulu.”
“Lamanya bercinta.”
“Dah sampai jodoh.”
“Zara pula bila?”
“Zara tunggu seorang lelaki bawakan pelangi untuk Zara.”
“Sampai tua tak bertemanlah Zara.”
“Tak apa, mak kan ada.” Aku terus memeluk emak.
“Mak pun entah berapa lama lagi nak hidup Zara.” Aku diam. Tak suka kalau mak cakap pasal ni. Entahlah, biarlah jelah. Hani sepupu aku tu pun kahwin lambat. Dah 29 baru nak kahwin. Aku baru 26. Ada tiga tahun lagi. Lek aa kan?
“Angah dengan Along tak balik ke mak hujung minggu ni?”
“Tak kot. Angah dengan Zana ada kerja luar. Along dengan Nur nak balik Johor.” Aku menganggukkan kepala.

Bila dah kahwin, keluarga mentua pun harus masuk dalam list keutamaan.
Bila dah kahwin, tak bolehlah asyik nak berkepit dengan mak.
Bila dah kahwin, keperluan rumah semuanya kena sediakan sendiri.
Bila dah kahwin, kena utamakan suami.
Bila dah kahwin, tak boleh nak manja-manja dengan mak sangat.
Bila dah kahwin, tanggungjawab semakin besar.
Bila dah kahwin, hidup kita akan turn 360° dari yang ada masa zaman bujang ni.
Kahwin, it’s life turning point.

Semuanya akan berubah. Dan aku tak rasa aku bersedia.

Ken disana.

29 tahun tak adalah tua sangat kan? Tahun depan aku kahwinlah. Ahh tak payah fikir lagi.
Tidur lagi bagus.
Zzzzzzzz.

Seven Kaler Pelangi 8


Zara membuka surat yang elok terletak di atas mejanya. Mungkin Nina yang meletakkan surat itu di sini.



Heh, ada jugak masa ibu anak satu - Ana -  ni nak organize reunion bagai. Hari tu janji nak text aku. Sampai ke sudah la tak text aku. Boleh pulak aci letak post-it-note dekat card aku. Ana, Ana.
Melaka? Malasnya lah nak drive jauh-jauh. Tak boleh buat dekat sini-sini je ke? Tapi, mostly kawan-kawan semuanya ada dekat area Melaka. That’s why lah kot. Zara mencapai Blackberry. Nak hantar message dekat ibu anak satu ni.

·  Dah dapat card. thanks btw.aku ingat kau lupa aku.
·  Takkanlah aku lupa. Kau WAJIB datang!
·  Baiklah mak nenek. Dress code?
·  Retro 70’s.
·  GILAA. Kau tau kan aku tak suka?
·  Sebab tu aku buat.


Zara mengeluh. Ana memang suka buat apa yang tidak disukainya. Retro? Nak kena pakai baju polka dot ke? Alaaaaa.

·  Trust me lah Zara. Tak adanya nampak kau chubby macam dulu.
·  Tu kata kau.
·  Rileks la, ni persetujuan ramai taw.
·  Yelah.persetujuan ramai yang aku tiada dalam conversation tu.
·  Siapa suruh kau busy?
·  HA HA. Whatever.
·  Kira setuju kan? Oke babai Zara.


Haih. Tak suka. Ingatan melayang kepada zaman persekolahan dulu. Form 2 agaknya. Emak buat baju kurung polka dot warna putih pink untuk aku. Memanglah aku rasa masa tu baju aku lah paling cantik sekali (baju baru mestilah cantik kan?).
Tapi budak lelaki kata aku nampak macam ba alif ba ya pakai baju kurung. Sebabnya latar baju tu warna light pink. Dan seingat aku, mereka terus-terusan mengejek aku berkawan dengan haiwan tak bertamadun tu.
Itulah sekali je aku pakai baju tu. Kurang ajar betul budak lelaki kata aku macam adik-beradik-tak-setaraf mereka. Cis.

“Kenapa Zara? Berkerut je dahi tu aku tengok dari tadi?”
“Aaa Nina. Tak ada apalah.”
“Kad apa tu?”
“Oh reunion sekolah, hujung bulan ni.” Aku mengeluh sedikit.
“Dah tu? Kenapa mengeluh? Tak suka?”
Dress code dia retro 70’s. Aku tak suka.”
“Ohh.”
Nina menganggukkan kepalanya sebelum berlalu ke work stationnya. Kerja banyak. Mungkin sebab tu dia tak bertanya lebih lanjut. Kalau tak, memang tak senang duduk aku nak jawab soalan dia. Sama sahaja macam Ana. Mujurlah Nina bukan kroni aku sejak dari zaman persekolahan.

“Kalau kau nak consultation dari aku, no hal lah der!” Nina melaung dari tempat duduknya.
Yeah. Thanks anyway!”

Zara mengetuk-ngetuk meja kerjanya. Tanda dia sedang memikirkan sesuatu. Kebiasaan yang sejak entah bila bermula. Masa sekolah dulu agaknya. Retro 70’s? Nak pakai apa? Gaya aku ni nak pakai polka dot? Naaa. A big NO. Kebaya? A big big NO! Gila nak pakai baju macam tu. Memang mintak simpang.
Entah macam mana nak berjalan aku pun tak tahu. Ke aku patut ignore je dress code tu and pakai macam aku suka je? Hmm macam boleh jalan jugak idea tu kan? Tapi nanti Ana mesti memekak tak ingat dunia dalam dewan tu.
Aduh Ana, kenapalah suka susahkan aku? Hmm mungkin aku patut berhenti berfikir tentang itu dan mula buat kerja yang melambak ni.
“Lebih baik buat kerja daripada berangan sana sini.”
“Memang itu pun yang aku na..” eh? Bukan ke aku monolog dalaman je tadi? Zara mengangkat mukanya. Dia mengerutkan dahi apabila wajah Fathi terlayar di kornea matanya.
“Kau buat apa kat sini?” sibuk betul Fathi ni. Tak boleh tengok aku senang.
“Saja.”
“Oke. Off you go. Aku nak buat kerja.”
“Naaa kau fikir apa?” Fathi menongkat dagu di depan meja kerjaku.
“Aku fikir apa?” soal Zara dengan nada sedikit jengkel. Saja nak halau Fathi.
“Kau nak kahwin?” aku terbatuk kecil lantas memandang Fathi dengan pandangan yang tajam.
“Aku bukan macam kau yang gatal nak kahwin tak menyempat.” Memang aku rasa dia tak menyempat sebab dia kata dia nak kahwin sebelum puasa. And that means tak sampai 3-4 bulan lagi. Memang tak menyempat..kan?
“Apa pulak. Benda baik jangan tangguh, lagi-lagi bab bina masjid ni.” Aku mencebik.
“Lelaki kalau pasal kahwin memang tak menyempat.” Fathi ketawa kuat sebelum berlalu masuk ke ruang pejabatnya.

Kahwin kahwin kahwin. Yadayadayada. Tak ada lain betul kawan-kawan aku sekarang ni. 26. Tahun depan 27. Alah boleh cari lagi. Kalau ada jodoh InsyaAllah.

Dan bayangan Akif Farhan mula mencuri menyusup masuk dalam kornea mata.

And since when aku sebut fasal kahwin je ada muka Akif terlayar dalam imaginasi?

Crap.

Kerjalah!

p/s : it's been long ey? =)