Tuesday, July 3, 2012

A.H Tailor Cinta 3



We can't predict what will happen.There must be a lesson for us to learn, memories to keep and life goes on.

Ana tersenyum. Yes. We can't predict what will happen. But we can choose which path we will go for.

Dan Ana, inilah yang dia pilih. Menjadi seorang tukang jahit, walaupun dia memiliki segulung Ijazah dalam bidang kewartawanan. Ana ini bukanlah pandai seperti adik beradiknya yang lain. Along dan angahnya merupakan jurutera,kak lang seorang akauntan di Maybank. Tapi Ana anak bongsu emak dan ayah yang manja ni kerjanya duduk di bawah ketiak emak juga. Tapi emak tak kisah, sekurang-kurangnya ada juga peneman emak dan ayah di rumah. Ada juga yang boleh disuruh nak beli barang dekat Giant yang sejengkal je dari rumah mak tu. Dan si Ana ini, merupakan babysitter anak-anak Alongnya apabila tiba hari menggedik anak-anak Alongnya nak duduk dengan tok mak dan tok ayah mereka. Jadi Mashu Ana la yang TERPAKSA jaga anak-anak buah yang 'baik' tu.

Ana sedang menggunting baju apabila tiba-tiba sahaja kedengaran orang memberi salam di luar rumah. Ah, malasnya nak bangun. Kenapalah harini mak dengan ayah pergi Johor? Kenapa? Kenapaaaaaa. Malas-malas Ana bangkit dari duduknya. Menarik nafas sebelum melangkah ke pintu rumah. Kelihatan seorang mak cik di pintu pagar dan oh oh oh kereta idaman! Mak cik tu naik Ford Fiesta! Waaa!

"Dik, ni rumah Laila kan?" Laila? Siapa? Eh, mak aku lah. Spontan Ana mengetuk kepalanya.
"Ha. Kenapa cik?" Ana masih berdiri di pintu grill. Eh kemain xsenonoh anak dara ni tak menjemput masuk pun.

"Cik, sekejap ye." Ana berlari ke dapur, mencapai selendangnya,melilit ala kadar,dan ke depan semula. Sempat tangannya menyambar kunci rumah yang tergantung di dinding.
"Cik kawan dengan mak ke? Tapi mak takda rumah harini."
"Oh ye ke. Laila kata ada anaknya boleh jahitkan baju, tu yang makcik datang sini. Nak tempah baju." Hmm emak ni, bukan tak tahu aku tak suka orang hantar baju banyak-banyak. Kalau tak siap macam mana?
"Oh, masuklah cik. Boleh Ana ukur terus." Ana membuka pintu pagar.
Mak cik yang naik Ford Fiesta tu berpaling ke arah kereta dan mengetuk cermin tingkap. Ana hanya memandang. Anak dia kot. Perlahan cermin tingkap diturunkan.

Homaigoddddd!!

Ana terlopong. Anak mak cik ni? Hadoi. Kenapa? Kenapa kenapa???

"Adam, jom masuk dulu. Ma nak ukur baju. Adam pun kena ukur kan?" Eh,aku ada cakap aku boleh buat baju Melayu ke?
Si 'Adam' menaikkan semula tingkap kereta dan mematikan enjin. Aviator yang terletak di batang hidungnya ditanggalkan dan disisip di kolar baju. Oh boleh tahan handsome 'Adam' ni.

"Kejap ye cik. Ana ke dapur jap"
"Eh tak payah buat apa-apa Ana. Susah aje."
"Takpe-takpe. Tak susah pun."
Bila lagi nak berlagak baik kan? Selama ni mak ada mak yang uruskan semuanya. Ni biar aku tunjuk skill pula. Mana tahu berkenan pula mak cik tu, jadilah aku menantu. Eh? Ada anak bujang ke? Si Adam entah-entah dah kahwin. Ala anak lain? Eh kemain gatal ye Ana.

"Boleh ke siap sebelum raya baju-baju ni Ana? Mak cik ingat nak pakai raya."
"Boleh cik, InsyaAllah. Tinggalkan no fon dekat Ana, nanti dah siap Ana telefon." Ana menjeling sedikit ke arah 'Adam'. Terkejut apabila rupanya si Adam sedang tajam memerhatikannya. Gabra. Habis semua benda di usiknya.

"Boleh bangun cik? Ana nak ukur baju cik." Ana tak selesa. Budak Adam ni dari tadi dok nengok aku, cucuk mata tu kang tahulah. Hish. Rimas!

"Hah Adam, cepat ukur. Kita ni ganggu Ana je. Tengok tu dia ada banyak baju nak jahit." Adam bingkas bangun. Berjalan ke arah Ana.

Ya Allah, handsomenya makhluk ciptaan Tuhan ni! Acik, macam mana dapat anak seganteng ini? Hubby acik mesti ganteng jugakkan?

Adam berdiri tepat di hadapan Ana. Eh kenapa rapat sangat ni? Ana memanggung kepala.
"Tingginya" perlahan Ana menggumam.
"Pusing badan hadap sana." Ana berkata sambil mengambil tali tape. Sempat Ana menarik bangku kecil di bawah meja menggunakan kakinya.
"Tinggi sangat si Adam ni, kesian Ana kena panjat bangku pulak." Terus sahaja Adam berpaling. Huih semangat, kenapa main paling-paling ni? Tak tau ke yang kita ni terlalu rapat? Aku peluk jugak anak bujang acik ni kang.
"Eh pusing belakang balik. Ana nak ukur la."
Rasa macam nak terlepas je tali tape ni dari tangan. Mana tidaknya, si Adam ni handsome sangat sampai Ana rasa nak ajak Adam kahwin la la ni jugak! Tapi kan, apehal si Adam ni tak bersuara sepicing pun? Takda suara ke? Bisu? Ke sengau? Ke demam sakit tekak? Hish. Pandai-pandai la kau Ana nak mengata anak orang. Entah-entah anak orang tu tak sihat. Ada pulak dikatanya sengau bisu.
"Adam ni memang jenis senyap Na. Susah sikit nak dengar suara dia." Terbatuk-batuk Ana dibuatnya. Mana la acik ni tahu aku tengah mengumpat anaknya dalam hati.
"Hehe acik ni, mana ada Ana nak suruh dia bercakap. Dah dia taknak cakap tak apalah cik".
"You nak cakap apa dengan I?" Ana terkebil-kebil memandang Adam yang tiba-tiba bersuara di depannya.
"Eh, tak tak. Mana ada nak suruh cakap apa-apa. Ish."
"Cara mama cakap tadi macam you ada benda nak cakap dengan I. Tak ke?"
"Alaaa acik gurau je la. Mana ada Ana nak cakap apa-apa."
"You tak nak tanya pasal haritu?" Ana mengerutkan dahi.
"Apa?"
"Nothing. Dah siap ke ni? Ada apa-apa lagi nak ukur?"
"Ha dah dah." Ana duduk semula dan menghulurkan buku jahitannya pada kawan-emak-yang-Ana-tak-tahu-namanya. "Cik letak nama dengan nombor telefon dekat situ. Nanti dah siap, senang Ana nak bagitahu dekat makcik."
"Ok, terima kasih ya Ana. Makcik minta maaf sebab lambat-lambat hantar kain. Tak tahu dah nak hantar dekat siapa lagi. Nasib baik ada anak dara Laila ni." Hehehe anak dara Laila? Awww I loike!
"Tak apalah acik, Ana memang jarang ambil tempahan, jadi tak banyak sangatlah baju yang Ana kena jahit. Boleh lagi jahitkan baju acik." Ana tersenyum.
"Ok lah cik Ana. Kami balik dulu. Apa-apa hal, call me. I left my phone number on your note book."
Ana menganggukkan kepalanya. Dua minit kemudian Ford Fiesta hitam itu sudah meninggalkan perkarangan rumahnya.

Haila. Why on earth la aku jumpa mamat pos laju tu lagi?

No comments: