Sunday, October 7, 2012

Seven Kaler Pelangi 11


Bermulanya sebuah cerita..

 “Nina, kau ada nampak Zara tak?” Nina mengangkat muka dari komputer di depannya. Muka Fathi yang berkerut-kerut macam tertelan asam jawa itu dipandang sekilas sebelum matanya melirik pada tempat duduk Zara.
“Zara? Entahlah, tadi ada je dekat tempat dia. Pehal?”
“Ada meeting luar. Aku dah message dia malam tadi. Takkan lupa kot.” Mereka masing-masing mengangkat bahu. Fathi menggaru kepala. Mana pulak pergi minah ni. Selalunya ada je tercongok depan ni.
Zara menolak pintu dengan tangan kanannya selepas kad akses dikenakan pada tempatnya. Dia berjalan masuk sambil tangan kirinya memegang hidung dengan tisu. Ahh tak suka selsema!

“Kau pergi mana Zara?” soal Fathi.
“Aaa sorry, aku duduk luar sekejap. Selsemalah. Aku tak selesa duduk dalam aircond. Dah siap? Nak gerak sekarang ke?” sengau.
“Kau ok tak? Kalau tak, aku bawak orang lain je.”
“Eh, aku ok. Boleh lagi ni. Kau drive kan?” harapnya Fathi yang drive. Memang dia tidak mampu langsung untuk drive, apatah lagi dengan keadaan kepalanya yang sudah mula berdenyut.
“Pergi klinik lah lepas ni, ok?”
“Eh tak payahlah Fathi. Tolong singgah farmasi sekejap lagi boleh?” sengaunya suara. Macam mana nak bercakap dengan client ni?Fathi mengangguk sebelum keretanya membelok masuk perkarangan Allson Klana.
“Kita nak jumpa siapa ni Fathi?”
“Kalau kau macam ni hari-hari kan bagus? Sejuk telinga aku dengar. Sopan je.” Zara pantas melayangkan penampar jepunnya ke bahu Fathi.
“Buat lawak buat lawak.” Zara sudah mula mencuka.
“Sensetif pulak bila sakit-sakit ni. Nak jumpa Akif Farhanlah.”

Akif Farhan?
Zara kaku di tempatnya berdiri. Kenapa dia?
“Cepatlah mak cik!” laungan Fathi membuatkan Zara melangkah mendekati lelaki itu.
Seingat dia, selepas Akif menghantar message tempoh hari, memang mereka sudah tidak terserempak di mana-mana. Kalau terserempak pun mungkin dia akan menyorokkan diri. Entahlah. Rasa macam malu pula nak berdepan dengan lelaki itu. Tapi sekarang? Aduh.

Dalam sibuk otaknya bermonolog sendirian, Zara sendiri tidak sedar yang mereka sudah pun berdiri di hadapan Akif Farhan. Fathi berjabat tangan dengan Akif Farhan sebelum mereka duduk di hadapannya.
Aku berdehem. Bukan sebab nak tegur Akif, tapi sebab tekak ni tak sedap lantaran keadaan kesihatan tubuh badan yang tidak memberansangkan ini.
“Cik Zara tak sihat ke?” tanya Ken, prihatin. Eh yeke prihatin? Ke saja nak memecahkan sunyi antara mereka berdua. Iyelah, sebabnya dari tadi Fathi sahaja yang bercakap.
“Err? Aah, tak berapa sihat.” Sedaya upaya aku menyorokkan suara sengauku dari pendengarannya.
“Pergilah klinik. Sekarang kalau demam sikit pun dah bahaya. Takut benda lain lekat pulak.”
“Itulahnya Akif, aku dah banyak kali cakap, degil. Kepala diamond dia ni.” Aku memasamkan muka memandang Fathi. Menyampah. Kalau di lihat dari mata kasar, mungkin orang akan menyangka bahawa aku dan Fathi merupakan pasangan kekasih.
Naaaa aku dengan dia kawan sahaja. Lagi satu yang orang tak tahu, Fathi tu sebenarnya ada bau-bau bacang dengan keluarga sebelah arwah ayah. Jadi tolong sikit, memang sampai bila aku tak kan jatuh hati padanya.
“Untung Cik Zara ada boyfriend yang caring macam Fathi.” Aku termangu. Fathi pula sudah melambakkan tawanya.
“Zara bukan awek aku lah. Dia ni kira macam ada bau-bau bacanglah dengan aku. Lagipun aku dah bertunang nak kahwin dah pun.” Ken menganggukkan kepalanya.
“Aku ingat kau dengan dia ada apa-apa. Yelah selalu aku tengok kau berkepit je dengan dia.” Aik? Kenapa mereka ni? Macam dah lama kenal je aku tengok.
“Aku dengan Ken dah lama kenal la Zara. Sebelum kau masuk kerja lagi. Sebab company dia selalu berurusan dengan company kita.” Fathi menerangkan apabila dilihatnya dahi Zara penuh kerutan tak sudah.
Aaa now i know.” Aku menganggukkan kepala beberapa kali sebelum menyengih ke arah Fathi. Ken tertawa kecil.
“Comel.” Aku melongo. Dia baru kata aku comel ke tadi?
“Ulat bulu dah naik daun.........” meleret nada suara Fathi mengejek Ken. Zara menumbuk bahu Fathi kuat. Sibuk!
“Bila nak start meeting ni? Aku datang sini bukan nak dengar kau berhikayat.” Aku mencapai sehelai tisu di dalam tas tangan. Aduh, sakitnya hidung ni.
“Eh kejap, ada call.” Fathi lantas bangun dan menjauh daripada kami. Tinggal aku berdua dengan Akif.
Dua minit.
Lima minit.
Err..nak cakap apa ni?  Zara menekur memandang meja. Tak tahu nak cakap apa.
“Sebenarnya, I saja suruh Fathi bawa you datang sini. Tak ada benda nak discuss pun. You tak ingat ke projek kita dah 80% siap?”
“Ohhh, lupa.” Zara mengetuk pelipis kanannya sedikit. Memang sungguhlah aku ni ada masalah memory. Dan saat itu, Blackberry kami sama-sama berbunyi.

Fathi :
Aku blah dulu. Pandai-pandailah korang ye? ;p

Ken menayangkan messagenya kepadaku. Message yang sama di forward oleh Fathi kepada kami berdua. Zara mengetap gigi. Kurang ajar itu Fathi. Saja tinggalkan aku terkontang-kanting kat sini.

You tak selesa ke?”
“Err bukan. I actually tak reti berbual dengan orang yang I tak kenal sangat.”
“Kan you dah kenal I?” Ken mengerutkan dahi. Tak kenal aku? Perempuan ni memang ada masalah mental ke? Tapi..
I mean kenal ‘kenal’. Yeah I know you cousin Naim, kawan Fathi, tapi kita tak kenal macam mana I kenal Fathi. Dengan Naim pun I rarely dapat berbual macam I berbual dengan Fathi.”
So I guess I’m luckylah.”
Excuse me?” aduh, sengaunyalah pulak suara ni.
Yeah, sebab you banyak cakap pula hari ni. Selalunya you lari bila nampak I.”
Ohh straight forwardnya lelaki di hadapanku ini. Buat malu aku je. Zara berdehem sedikit.
You, boleh tak kita makan? I ada gastrik, and I tak boleh lambat makan.” Oh muka aku panas muka aku panas! Tapi aku terpaksa. Perut ni dah ada sindrom-sindrom gastrik nak menyerang.
“Ha?” Akif mengerutkan dahinya, kurang jelas dengan apa yang dituturkan oleh Zara.
It’s ok kalau you tak nak, I boleh makan kat tempat lain, tapi you kena hantar I baliklah. Kat sini mana ada cab...since tadi I datang tumpang Fathi.” Perlahan aku bersuara.
Rasanya asid-asid dalam perutku sudah mula bercambah keluar membuatkan aku mengerutkan dahi. Terasa peluh dingin membasahi ubun-ubun kepalaku yang dilitupi selendang.
“Zara, you ok ke? You tunggu, I order makanan.” 

No comments: