Tuesday, September 25, 2012

Seven Kaler Pelangi 8


Zara membuka surat yang elok terletak di atas mejanya. Mungkin Nina yang meletakkan surat itu di sini.



Heh, ada jugak masa ibu anak satu - Ana -  ni nak organize reunion bagai. Hari tu janji nak text aku. Sampai ke sudah la tak text aku. Boleh pulak aci letak post-it-note dekat card aku. Ana, Ana.
Melaka? Malasnya lah nak drive jauh-jauh. Tak boleh buat dekat sini-sini je ke? Tapi, mostly kawan-kawan semuanya ada dekat area Melaka. That’s why lah kot. Zara mencapai Blackberry. Nak hantar message dekat ibu anak satu ni.

·  Dah dapat card. thanks btw.aku ingat kau lupa aku.
·  Takkanlah aku lupa. Kau WAJIB datang!
·  Baiklah mak nenek. Dress code?
·  Retro 70’s.
·  GILAA. Kau tau kan aku tak suka?
·  Sebab tu aku buat.


Zara mengeluh. Ana memang suka buat apa yang tidak disukainya. Retro? Nak kena pakai baju polka dot ke? Alaaaaa.

·  Trust me lah Zara. Tak adanya nampak kau chubby macam dulu.
·  Tu kata kau.
·  Rileks la, ni persetujuan ramai taw.
·  Yelah.persetujuan ramai yang aku tiada dalam conversation tu.
·  Siapa suruh kau busy?
·  HA HA. Whatever.
·  Kira setuju kan? Oke babai Zara.


Haih. Tak suka. Ingatan melayang kepada zaman persekolahan dulu. Form 2 agaknya. Emak buat baju kurung polka dot warna putih pink untuk aku. Memanglah aku rasa masa tu baju aku lah paling cantik sekali (baju baru mestilah cantik kan?).
Tapi budak lelaki kata aku nampak macam ba alif ba ya pakai baju kurung. Sebabnya latar baju tu warna light pink. Dan seingat aku, mereka terus-terusan mengejek aku berkawan dengan haiwan tak bertamadun tu.
Itulah sekali je aku pakai baju tu. Kurang ajar betul budak lelaki kata aku macam adik-beradik-tak-setaraf mereka. Cis.

“Kenapa Zara? Berkerut je dahi tu aku tengok dari tadi?”
“Aaa Nina. Tak ada apalah.”
“Kad apa tu?”
“Oh reunion sekolah, hujung bulan ni.” Aku mengeluh sedikit.
“Dah tu? Kenapa mengeluh? Tak suka?”
Dress code dia retro 70’s. Aku tak suka.”
“Ohh.”
Nina menganggukkan kepalanya sebelum berlalu ke work stationnya. Kerja banyak. Mungkin sebab tu dia tak bertanya lebih lanjut. Kalau tak, memang tak senang duduk aku nak jawab soalan dia. Sama sahaja macam Ana. Mujurlah Nina bukan kroni aku sejak dari zaman persekolahan.

“Kalau kau nak consultation dari aku, no hal lah der!” Nina melaung dari tempat duduknya.
Yeah. Thanks anyway!”

Zara mengetuk-ngetuk meja kerjanya. Tanda dia sedang memikirkan sesuatu. Kebiasaan yang sejak entah bila bermula. Masa sekolah dulu agaknya. Retro 70’s? Nak pakai apa? Gaya aku ni nak pakai polka dot? Naaa. A big NO. Kebaya? A big big NO! Gila nak pakai baju macam tu. Memang mintak simpang.
Entah macam mana nak berjalan aku pun tak tahu. Ke aku patut ignore je dress code tu and pakai macam aku suka je? Hmm macam boleh jalan jugak idea tu kan? Tapi nanti Ana mesti memekak tak ingat dunia dalam dewan tu.
Aduh Ana, kenapalah suka susahkan aku? Hmm mungkin aku patut berhenti berfikir tentang itu dan mula buat kerja yang melambak ni.
“Lebih baik buat kerja daripada berangan sana sini.”
“Memang itu pun yang aku na..” eh? Bukan ke aku monolog dalaman je tadi? Zara mengangkat mukanya. Dia mengerutkan dahi apabila wajah Fathi terlayar di kornea matanya.
“Kau buat apa kat sini?” sibuk betul Fathi ni. Tak boleh tengok aku senang.
“Saja.”
“Oke. Off you go. Aku nak buat kerja.”
“Naaa kau fikir apa?” Fathi menongkat dagu di depan meja kerjaku.
“Aku fikir apa?” soal Zara dengan nada sedikit jengkel. Saja nak halau Fathi.
“Kau nak kahwin?” aku terbatuk kecil lantas memandang Fathi dengan pandangan yang tajam.
“Aku bukan macam kau yang gatal nak kahwin tak menyempat.” Memang aku rasa dia tak menyempat sebab dia kata dia nak kahwin sebelum puasa. And that means tak sampai 3-4 bulan lagi. Memang tak menyempat..kan?
“Apa pulak. Benda baik jangan tangguh, lagi-lagi bab bina masjid ni.” Aku mencebik.
“Lelaki kalau pasal kahwin memang tak menyempat.” Fathi ketawa kuat sebelum berlalu masuk ke ruang pejabatnya.

Kahwin kahwin kahwin. Yadayadayada. Tak ada lain betul kawan-kawan aku sekarang ni. 26. Tahun depan 27. Alah boleh cari lagi. Kalau ada jodoh InsyaAllah.

Dan bayangan Akif Farhan mula mencuri menyusup masuk dalam kornea mata.

And since when aku sebut fasal kahwin je ada muka Akif terlayar dalam imaginasi?

Crap.

Kerjalah!

p/s : it's been long ey? =)


No comments: