Sunday, June 17, 2012

Seven Kaler Pelangi 3


Aku mengemas mejaku yang berserabut dengan kertas entah apa-apa. Minggu ini schedule ku sangat ketat. Sangat-sangat ketat sehinggakan aku tiada masa untuk diri sendiri. Tiada masa untuk berbual dengan emak seperti selalu.
 Ye, selalunya selepas Isyak aku akan menghabiskan masa bermanja dengan emak sambil menonton tv, takpun tolong emak lipat baju. Tapi minggu ni, lepas Isyak pun belum tentu aku sampai rumah.
Gara-gara kerja yang menimbun tergedik-gedik minta disiapkan.Aku melepaskan keluhan. Keluhan kerana kepenatan.

“Zara, jom makan. Dah pukul 9 ni. Aku laparlah.” Kata-kata Fathi aku sambut dengan senyuman lebar.
Yay yay. Fathi nak belanja makan.” Semakin laju tanganku mengemas kertas-kertas yang berterabur.
“Bila masa aku kata nak belanja? Aku ajak makan je.” Usik Fathi. Aku mencebik. Tapi masih meneruskan lagi kerjaku. Kalau dia tak nak belanja pun memang aku mahu makan. Rasanya perut dah tak mahu berkompromi lagi denganku.
Manakan tidak, sedari pagi tadi hanya sekeping sandwich yang menjadi alas perut. Dan sekarang, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Memang cari nahas aku ni sebenarnya. Nasib baik hari ni Encik Gastrik tak menyerang. Kalau tidak, parah juga.
“Nina! Jom pergi makan!” aku melaung kepada Nina yang sedang mengemas mejanya juga.
“Kejap-kejap. Dah nak habis kemas ni. Tunggulah. Jangan turun dulu.” Kecil sahaja suara Nina menyahut.
Nina memang begitu, penakut. Kalau dia datang awal ke pejabat, dia sanggup tunggu orang lain datang barulah berani nak masuk office. Kalau tak, wassalam lah.
“Cepatlah! Aku dah lapar ni.” Jerit Fathi pula. “Alah kau Fathi, memang dasar kuat makan.” Fathi menjengilkan matanya kepadaku.
Ingat aku takut agaknya. Dah bertahun kenal. Jengilan matanya tak mendatangkan kesan padaku langsung.
Aku dengan Fathi memang dah lama kenal. Sejak dari zaman di universiti lagi. Dan selepas grad, barulah aku tahu dia ni anak Lord rupanya (sepupu berbau bacang juga).
Itupun sebab aku dah menganggur sampai lima bulan dan mengadu padanya tiada siapa mahu mengambil aku bekerja.

“Kau kerja dengan akulah, nak tak?”
“Kerja dengan kau? Kau tu siapa? Bos ke?” anggukan kepalanya membuatkan aku tertawa.
“Dah lah kau ni, perasan pulak. Aku risau ni, boleh buat lawak pulak.”
“Aku seriuslah Zara. Esok kau pergi je tempat kerja aku. Cakap nak jumpa aku. Tau?” dan pada masa itu, aku hanya tertawa dan menganggukkan kepala. Sungguh aku terkejut apabila mengetahui bahawa ayahnya Fathi ini memegang syer terbesar dalam syarikat ini. Alhamdulillah, rezeki aku disini.

Restoran Banana Leaf menjadi pilihan kami untuk menjamu selera hari ini. Rasa letih mengadap kerja membuatkan masing-masing mahu menjamu makanan yang membuka selera.
 Walaupun Banana Leaf ini harganya boleh tahan mengoyakkan-poket-kami, tapi makanannya boleh tahan juga.
“Hmm nak makan apa ye?” aku bersuara apabila Fathi dan Nina sudah pun memesan makanan.
“Lama betul minah ni fikir nak makan apa.”
“Alah kau ni Fathi, macam tak tahu dia memang macam tu. Bukan sehari dua kenal. Dari zaman universiti dok berkepitkan.”
Aku hanya tersengih memandang Nina dan Fathi. Dah aku memang macam ni nak buat macam mana kan?
“Bagi saya nasi goreng kerabu dengan teh o suam ye. Terima kasih.” Dan memang sudah menjadi habit aku mengucapkan terima kasih setiap kali pelayan datang memberi servis kepadaku. Emak kata, jangan lokek dengan senyuman dan juga ucapan terima kasih. Memang kita tak kan rugi apa-apa.
“Eh Nina, semalam aku dengar Kak Mah kata kau nak bertunang hujung bulan ni?” aku memandang pelik ke arah Fathi. Aik? Sempat bergosip dengan Kak Mah – cleaner pejabat merangkap CNN bergerak dalam pejabat tu. Nina tergelak kecil.
“Ni mesti dapat berita dari CNN kan? Aah, aku nak bertunang hujung bulan ni.”
“Cis Nina. Sampai hati tak bagitahu aku kau nak bertunang. Macam ni aa kawan kan?”Zara mencebik. Sengaja buat-buat terasa hati dengan tindakan Nina.
Sedangkan sebetulnya dia sendiri jarang berada di pejabat atas tuntutan kerjanya yang sentiasa perlu berada di samping Fathi. Tapi, boleh message apa kan? Call pon boleh. Sajalah Nina ni.
“Ala Zara, kau tu kan sibuk kalah Tuan Pengarah. Jejak kaki dalam office pon dua tiga minit je aku rasa. Tak sempat aku panggil dah sibuk keluar ikut Fathi.”
“Tah kau ni Zara. Sentap tak bertempat. Gedik.” Ciss Fathi ni pun, bukan nak sebelahkan aku. Aku diam sebentar apabila pelayan datang membawa air minuman kami.
“Tak peduli. Kau tak ajak aku pun, aku tetap nak datang kau bertunang.” Zara mengangkat kening double jerk.
“Memanglah kau kena datang Zara. Kalau tak siapa nak tolong siapkan aku?” kami sama-sama tertawa. Ada udang di sebalik batu Nina ni rupanya.
“Eh Zara, nanti datang dengan aku lah. Aku pun nak pergi ju...eh tu bukan ke..” aku mengangkat kening bertanya. Kenapa mamat ni?
“Hai.” Aku berpaling ke belakang. Dan kornea mataku menangkap wajah milik Akif Farhan.
“Akif.” Fathi menyambung ayatnya yang tergantung tadi.
“Eh Encik Akif. Makan ke?” soalku sengaja buat-buat ramah. Clientkan, kenalah buat-buat ramah. Lari pula nanti.
“Aah, makan. Dengan my sister. I pergi ambil dia dekat KLIA tadi. Baru balik dari oversea.” Oohh kami bertiga menganggukkan kepala. Serentak. Eheh macam three stooges pula aku rasa.
“Eh kalau nak join kami makan sekali, marilah.” Aku menjeling tajam ke arah Fathi. Dia bukan tak tahu aku suka makan-dalam-keadaan-aman which means tanpa strangers. Yeah. Akif is a stranger memandangkan aku hanya berurusan dengannya atas nama kerja.
“Haha. Nevermind. Tajam betul jelingan Cik Zara. Lain kali sahaja ok?” Akif menutur bicara lalu berlalu ke meja di bahagian hadapan kedai. Sebelum itu, dia sempat melayangkan senyuman buat Zara. Zara terkedu. Apahal dia boleh nampak aku menjeling pulak ni? Aduh, jatuh reputasi aku sebagai pekerja cemerlang (rasa nak lempang diri sendiri).
“Kau ni Zara, cover la sikit. Aku bermulut manis je lah. Bukan ajak betul-betul.” aku tersengih kelat mendengar ulasan Fathi.
Yelah, refleks tidak terancang tau? Bukan aku ni suka-suka nak buat macam tu. Nak-nak sekarang ni bukan waktu office, lagilah tak terkawal segala tindakan aku. Sorry Mister! ;p

p/s : enjoy! =)
p/s : im a student and now im already in my 4th year! ;p (currently busy doing nothing.hihihi)

No comments: