Tuesday, June 12, 2012

Seven Kaler Pelangi 1

Everything happens for a reason. Or reasons.



Ipod shuffle yang bingit memainkan lagu Mocca – Secret Admirer  ditutup. Rimas. Bertambah rimas apabila dia tidak jumpa kertas kerja yang dikehendaki oleh Fathi. Aduh. Mana pulak perginya benda alah ni?
Semalam elok saja aku letak atas...errr letak atas meja dekat McD? McD!! Oh my Gosh! Jangan kata aku tertinggal kertas kerja dekat situ! Pantas aku berlari menuju ke bilik Yaya.
“Ya! Semalam masa kita balik dari McD kau ingat tak mana aku letak kertas kerja aku?” soalku sambil mengetuk pintu biliknya berulang kali.
“Apa kau ni Zara. Roboh pintu ni kang. Apeee?”
“Kertas kerja aku, ada nampak tak??”
“Emm..macam tak je. Sorry.”

Aku berlari semula ke bilikku, mencari telefon bimbit yang entah mana aku campakkan malam tadi. Perlu ke masa ni telefon bimbit ni nak hilang jugak?
Ahah. Gotcha! Yang aku campak dalam bakul dobi buat apa? Pantas jariku menaip nama Fathi. Dia ada bersama kami semalam, mesti dia perasan mana aku letak kertas kerja tu.

“Hello Fathi. Adajumpakertaskerjasemalamtak??”
“Wowowo. Assalamualaikum cik kak. Cakap slow-slow sikit. Kau kenapa? Mati laki ke?” Eh mamat ni. Ada masa nak make fun of me pulak. Aku backhand karang.
“Ada jumpa kertas kerja semalam tak? Kan kita bawak pergi McD?” aku mengurangkan kelajuan pertanyaanku. Sedangkan dalam hati Tuhan sahaja tahu. Kertas kerja tu sangat penting! Kalau tak ada kertas kerja tu, memang tak berjalanlah aktiviti fakulti yang dah lama kami rancang. Ah, silap sendiri. Cemerkap sangat.
“Tak adalah, kan kau yang pegang. Kenapa? Jangan lupa, pukul dua nak jumpa Dr. Harun.”
“Ek? Haa..ok. Thanks. Bye.” Aku terus mematikan talian telefon. Tudung di capai. Alah selamba jelah pakai ala kadar. Nasib baik harini tak ada kelas. Aku mencapai kunci kereta yang berada di atas rak buku.
“Yaya! Aku pergi McD kejap!” Zara melaung pada Yaya yang sedang makan nasi lemak. “Haa? Nak buat apa? Kan baru pergi pergi McD semalam?”
Zara tidak mempedulikan jeritan Yaya. Enjin kereta dihidupkan. Terus sahaja dia mengenakan gear reverse sebelum memecut laju menuju ke bandar. Dalam kepalanya sudah merangka ayat nak tanya pada pekerja McD di sana.
Dia memakukan langkah di hadapan pintu McD. Nampaknya harini tak ramai pelanggan. Terus sahaja dia meluru ke kaunter yang masih kosong.
“Selamat pagi. Makan sini atau take away?”
Manis sahaja cashier di depan aku menuturkan bicara. Muka aku ni ada muka nak makan ke? Ada muka lapar ke? Eh, to think again, memang patutlah dia tanya macam tu kan? Dah nama pun kedai makan.
No, dua-dua tak. I actually datang ni nak tanya. Semalam I ada tertinggal barang dekat meja sana. Ada nampak tak?” aku menunjuk meja hujung, tempat yang masa tu aku, Fathi dengan Yaya makan.
“Oh, barang tertinggal? Kejap ye? Akak duduklah dulu, nak air ke apa-apa?” aku menggelengkan kepala lantas duduk di meja yang paling berdekatan dengan kaunter.
Jari-jemariku sedang menggendangkan irama entah apa-apa yang aku sendiri tidak tahu saat seseorang menyapa pandangan.
 Aku memakukan pandangan kearahnya. Dia berjalan sangat bergaya! Si dia mengukirkan senyuman. Eh? Pada aku ke? Aku memalingkan muka ke belakang. Manalah tahu kalau-kalau dia senyum dekat orang yang lalu-lalang dekat luar ke.

“Maaf cik, saya terlupa bawa barang cik yang tertinggal tu.”

You what????

No comments: