Sunday, October 7, 2012

Seven Kaler Pelangi 10


What a surprise!!

Aku dan Ana sedang makan di Pizza Seremban Parade saat mataku menangkap kelibat seseorang. Oh. Akif Farhan. Aku meneruskan suapan tanpa mempedulikan dia. Dan mujurlah, dia tidak perasankan aku.


So, apa cerita dengan Akif Farhan kau tu?” aku mengangkat kening double jerk.
Where’s the fire?”
“Takde. Aku saja tanya. Random.”
“Takde apa. Dan aku tak nak ulas apa-apa tentang itu.” Heeesh. Aku baru je nampak kelibat dia dan tiba-tiba Ana tanya pasal dia. Kenapa dengan dunia ni?
“Ken!” aku mengangkat muka memandang Ana. Siapa Ken? Mataku bertanya.
Cousin Naim. Aku saja ajak dia datang makan sekali.” Ana melambai ke arah seseorang yang mungkin sedang berjalan ke arah kami, di belakangku.
Sorry lambat sikit.” Aku mengangkat muka memandang cousin Naim. Oh!
“Oh!” aku memandang Akif dengan mata yang sedikit terbeliak.
You!” serentak kami menuturkan kata sebelum sama-sama tertawa kecil.
What a coincidence.” Ujar Ken perlahan sambil menyentuh hidungnya.
“Dah kenal ke?” Ana bertanya pelik. Aku hanya tersenyum kelat. Macam mana pulak dalam banyak-banyak orang dekat dunia ni, Akif Farhan juga yang selalu aku jumpa, yang tidak disengajakan merupakan sepupu ipar best friend-ku sendiri?
 Terlalu banyak kebetulan. Dan aku tidak suka dengan keadaan ini. Ini bukan cerita novel yang selalu aku baca masa bosan, kebetulan sana sini.
Aku mengerutkan dahi tanpa disedari. Mungkin kerana otak ini terlalu aktif berfikir tentang kebetulan-kebetulan yang wujud antara aku dan Akif... oh Ken.
You tak suka I ada di sini?” aku memalingkan wajah ke arahnya.
“Ada I cakap ke?” soalku sinis. Ini memang kebiasaanku apabila berbicara dengan orang yang aku anggap strangers.
Aku memang sinis, at times. Dan kesinisan aku hari ini adalah disebabkan rasa terkejutku. Mungkin.
Nope. Tapi kedutan kat dahi tu dah menunjukkan segalanya.” Dia tersenyum.
“Alah Ken, dia memang macam ni kalau dia rasa tak selesa. Tak payah pedulikan dia. Jomlah kita makan. Aku dah lapar. Kesian baby dalam perut.”
You what??” oops. Nada suaraku ternaik satu oktaf pula.
“Apa?” soal Ana kembali.
“Kau mengandung lagi?”
“Aah. Nak tunggu kau kahwin lambat sangat. Aku rasa aku ada anak tiga pun belum tentu kau kahwin.” Aku membaling tisu ke arah Ana. Suka-suka je kata aku macam tu. Depan sepupu Naim pulak tu. Nampak sangat aku tak laku. Ken tersenyum lagi. Tak tahu nak cakap apa.
“Kau ni. Nanti aku kahwinlah.” Gumamku perlahan.
“Bilanya? Entah dah berapa tahun kau ulang tayang ayat yang sama.”
Huh whatever. Mulalah nak membebel tu. Makanlah. Aku lapar.”

Selepas itu, kami makan dalam keadaan aman. Cuma kadang-kala terdengar suara Ken dan Ana berbincang tentang kesibukan Naim semenjak dua menjak ini.
Zara mendiamkan diri. Jangan masuk campur dalam hal keluarga orang. Nak-nak aku ni hanya kawan kepada Ana. Agaknya kalau aku dah kahwin macam ni lah gayanya. Kena hang out dengan family hubby juga. Ye, mestilah kan? Kalau tak nanti mak mentua tak suka aku pulak.
Seriously, aku tak pandai sangat bergaul. Aku bukan macam Ana yang boleh masuk dengan sesiapa sahaja, tak kira lapisan masyarakat. Aku cuma aku. Yang mudah rasa tidak diperlukan, yang mudah rasa tak selesa dengan orang yang aku tak kenal. Macam sekarang.
You dah kenyang ke Cik Zara?” garfu dalam pegangan tanganku terlepas. Kus semangat. Terperanjat aku.
Err sorry. Apa dia?” alamak ai, sopannya aku.
You dah kenyang ke Cik Zara?” soalnya dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.
Aku mengukirkan senyuman. “Sort of. And please, tak perlu panggil I Cik. It’s Zara.”
So Zara, how’s work?”
“Biasa je. Macam tu lah. Nak macam mana lagi?” Ken tertawa kecil. Kenapa lelaki ni suka sangat ketawa? Dan tersenyum? Peliknya.
“Kau ni Ken, tanyalah pasal lain, ada ke pasal kerja.”

Dan aku balik ke rumah dengan senyuman dan kedutan di dahi. Sindrom yang tak pernah aku alami.


Blackberry ku bernyanyi nyaring sebaik sahaja aku keluar dari bilik air. Ana. Apa dia nak?

“Hello.”
“Assalamualaikum Ana.”
“Waalaikumsalam. So, itulah Akif Farhan yang buat kau serabut sangat?” Ana tidak mempedulikan sindiran Zara. Terus sahaja memuntahkan soalan yang dah beberapa jam berlegar di ruang legar fikirannya.
Hmm. Mungkin.”
What mungkin? Memangkan? Dia ada cerita tadi.”
“Dia dah cerita, dah tu kau tanya aku lagi?”
“Sebab aku ada soalan lain nak tanya kau.”
And the question would be?”
“Kau tak nak ke dekat dia?”
Why should I?” Jadahnya Ana ni?
He’s bachelor. 30 to be next year.” Ruang mataku mula memenuh dengan bayangan Akif Farhan. Ohh bujang terlajak rupanya pakcik seorang tu.
So?”
Suits you well.” Ek? Apa Ana ni?
Suits me well sebab dia bujang terlajak? Apakah?”
“Bukan macam tu. Dia bujang, kau bujang, dia single kau single. Dan dia sepupu Naim.”
“Oke, dia sepupu Naim, so what?”
“Laaa kau ni sama lembab macam Ken tu.” dah pehal aku pulak yang dikatakan lembab macam Ken? Tak cukup ke selama ni dia kata aku ada short term memory loss?
“Ek? Kau kenapa?”
“Dia sepupu Naim, jadi aku tahulah baik buruk dia macam mana. Lagipun dia memang sepupu Naim yang paling rapat. And Naim tak kisah pun kalau kau nak bercinta dengan dia.”
Excuse me Calypso. Kenapa aku nak bercinta dengan dia?”
“Sebab kau suka dia?”
And when did i told you i LIKE him?”
No, you didn’t. Sixth sense.”
Duhhhh. You and your unpredictable sense. Cut it lah Ana!”

Selepas menamatkan perbualan, Zara mencapai Ipod Shuffle yang elok terletak di atas meja. Dah lama tak baca novel sambil dengar mp3. Jarinya menolak button on dan menekan butang play.

 Mocca – I think I’m in Love.

Love songs. Akif Farhan. Shuhhhhhh. Tak ada muka orang lain ke? Novel di sisi katil di capai dan terus dibuka halaman yang telah ditandakan. Beberapa minit kemudian, novel itu ditutup. Zara berbaring dengan tangan terbuka di atas katil.
Teringat kembali insiden di Giant, di rumah Nina, di atas jalan dan ketika makan Pizza tadi. Ingatan ini mengganggu hidup aku. Oke, ayuh baca semula helaian novel ini.

Creed – Thousand Faces.

Suara Scott Stapp berkumandang. Aku turut menyanyikan lagu ini. Sedap juga daripada asyik dengar lagu cinta. Cheesy. Eeuw. You wear a thousand faces, tell me, tell me which is you?
Akif pun kadang-kadang pakai spec, kadang-kadang tak pakai. Dan aku selalu nampak dia ada dimana-mana. So tell me which one are you?
Crap. Apa kena mengena lagu ni dengan Akif Farhan? Aku mencapai Blackberry di atas meja apabila ianya berbunyi. Dan berbunyi sekali lagi. Uhh dua sekaligus. Siapa?

Yang pertama.
Ananarnia :
FYI, aku bagi dia no fon kau. Bye Zara! =)

Zara :
Kau cari nahas! Dushhh.

Aku membuka message yang kedua. Nombor tidak dikenali.
013622**** :
Nice to meet u Zara. Btw, i Ken @ Akif.
Ana yang bagi no u pada i.

Anaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

No comments: